Kejayaan bersama dalam memupuk perniagaan bertanggungjawab: Digi Responsible Business Summit 2022

Home
Press Release
July 6, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Acara tahunan membawa pakar industri untuk perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja dan rakan kongsi.

SUBANG JAYA, 6 Julai 2022 – Perubahan dalam dunia perniagaan dan harapan pihak berkepentingan terus menuntut perniagaan untuk beroperasi secara bertanggungjawab. Ini menunjukkan bahawa organisasi perlu mengutamakan amalan pengoperasian yang lebih bertanggungjawab. 

Mengambil kesempatan ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) meneruskan usaha memacu dialog industri melalui program Responsible Business Summit, dengan kolaborasi bersama pakar-pakar dari pelbagai sektor untuk memupuk amalan berniaga secara beretika demi kebaikan konsumer.

Bertemakan 'Insight-Out', Responsible Business Summit Digi, merupakan acara tahunan yang menunjukkan komitmennya untuk memacu taraf perniagaan yang bertanggungjawab merentas semua fungsi dan membina kepercayaan dan ketelusan pelanggan dalam cara kerja mereka.

Philip Ling, Ketua Kelestarian Digi berkata bagi mengekalkan jenama yang mampan, beretika dan berintegriti tinggi secara menyeluruh, ia harus bermula daripada setiap individu dalam organisasi tersebut.

“Kolaborasi bersama pakar-pakar dari luar dan dalam membolehkan kita membahaskan pandangan secara kritis dan terbuka   daripada kedua-dua pihak. Kerjasama seperti ini akan membawa kejayaan bersama bagi kedua-dua pihak dalam memperjuangkan amalan Perniagaan Bertanggungjawab sambil mendukung amalan terbaik dalam agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” kata Philip.

Program ini berlangsung dari 4-7 Julai 2022 dan menampilkan pakar penceramah luar termasuk dari Institut Penyelidikan Khazanah, Citibank, Petronas dan Arus Academy. Penekanan diberikan kepada topik-topik utama seperti keselamatan siber, privasi dan perlindungan data, kelestarian rantaian bekalan, hak asasi manusia, anti-rasuah serta kepentingan budaya bersuara di kalangan pekerja. Pelbagai aktiviti fizikal turut diadakan, antaranya bengkel latihan, permainan dan juga lawatan untuk mengenali ciri-ciri mesra alam bangunan Digi, supaya pekerja-perkerja  berpeluang menimba ilmu pengetahuan  dan menghargai amalan-amalan Digi dengan lebih baik. 

Memupuk DNA Perniagaan yang Bertanggungjawab

Program Yellow Heart Digi yang memberi tumpuan membina komuniti berdaya bingkas dan inklusif, mencerminkan usahanya dalam memupuk budaya kerja yang bertanggungjawab.

Usaha berterusan program keselamatan internet Digi yang kini sudah dilaksanakan untuk lebih satu dekad membantu menjadikan internet lebih selamat untuk semua. Kita akan melaksanakan lebih banyak inisiatif secara berperingkat untuk memupuk tanggungjawab kewargenagaraan digital yang menyeluruh,” kata Philip.  

Baru-baru ini, Digi telah melancarkan pelbagai kempen keselamatan internet bertujuan membantu rakyat Malaysia membina amalan bertanggungjawab semasa menggunakan internet. Ia mengedarkan infografik tips mengelak penipuan atas talian dan siri komik keselamatan internet, suatu usahasama dengan The Mokumentary dan Crazy Rich Guy, yang merupakan artis komik tempatan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program Yellow Heart Digi, layari www.digi.my/yellowheart.