Digi tawar tiket mingguan eksklusif ke Gegar Vaganza musim ke-9 untuk pelanggan

Home

Press Release


September 12, 2022

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

SUBANG JAYA, 12 September 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menawarkan tiket eksklusif menonton siaran langsung Gegar Vaganza musim ke-9 kepada pelanggannya menerusi Gegar Vaganza Giveaway Bersama Digi.

Selama 10 minggu, lima pelanggan Digi1 berpeluang untuk memenangi sepasang tiket mingguan ke persembahan Gegar Vaganza yang akan diadakan pada setiap hari Ahad bermula 18 September 2022. Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu mengikuti Digi di Facebook dan Twitter, dan nantikan pengumuman peraduan pada setiap hari Isnin sepanjang Gegar Vaganza musim ini berlangsung. Mereka hanya perlu menghantar mesej YESGV ke 68886. Lima pelanggan terpantas yang menghantar mesej kepada Digi akan memenangi sepasang tiket dan akan dihubungi melalui panggilan telefon.

Nantikan lebih banyak lagi pengumuman berkenaan aktiviti serta kandungan Gegar Vaganza buat pelanggan kami!

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Gegar Vaganza, sila layari laman rasmi Facebook Digi dan Twitter Digi @Digitelco.