CelcomDigi tawar telefon 5G PERCUMA sempena Tahun Baru Cina

Home

Press Release


January 5, 2023

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Telefon 5G PERCUMA dan tawaran hebat untuk pelan pascabayar, prabayar dan fiber, membolehkan pelanggan CelcomDigi menikmati pengalaman digital terbaik bersama insan tersayang

PETALING JAYA, 5 Januari 2023 – CelcomDigi menawarkan pemberian telefon 5G percuma buat pelanggan yang mendaftar pakej peranti dengan Celcom MEGA 98 atau Digi Pakej PowerJimat. Sempena meraikan tahun arnab, CelcomDigi juga menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan pascabayar, prabayar dan fiber.

· Telefon 5G PERCUMA

Telefon percuma Redmi 10 5G dan Samsung Galaxy A13 5G apabila pelanggan mendaftar pakej peranti dengan kontrak 24 bulan untuk Celcom MEGA 98 atau Digi Pakej PowerJimat bagi Digi Postpaid 90.

· Penjimatan tambahan untuk siri iPhone 14

Pelanggan berpeluang menggunakan 5G pada iPhone terbaharu, dengan rebat tambahan sebanyak RM240 untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus apabila mereka mendaftar dengan Celcom EasyPhone atau Digi PhoneFreedom 365.

· Bonus kuota internet dan rebat untuk pelan pascabayar

Pelan pascabayar Celcom MEGA dan Digi Postpaid menawarkan bonus kuota Internet hingga 50 peratus, manakala Celcom Xpax Postpaid memberikan kuota internet dua kali ganda, bagi memenuhi keperluan internet pada musim perayaan ini. Pelanggan yang mendaftar dalam tempoh ini juga akan menikmati penjimatan hingga RM200 untuk pelan pascabayar yang terpilih1.

· Penstriman dan permainan tanpa henti untuk pelan pascabayar

Pelanggan Celcom Xpax Postpaid dan Celcom MEGA dapat akses PERCUMA selama satu bulan untuk perkhidmatan penstriman TVB Anywhere, atau akses tanpa had untuk beberapa permainan di pelbagai platform melalui Blacknut Cloud Gaming. Digi Postpaid 60 dan ke atas juga menawarkan pilihan untuk menikmati penstriman, permainan dan sosial tanpa had serta tanpa kos tambahan melalui Freedom Add-Ons, dengan kontrak 12 bulan.

· Internet tanpa had untuk pelan prabayar

Nikmati internet dan panggilan tanpa had dengan Celcom Xpax Prepaid Unlimited 38 dan Digi Prepaid NEXT Unlimited 40. Pelan Celcom Xpax Prepaid Unlimited 38 juga dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi 5GB.

· Lebih pilihan tambahan dan lebih nilai untuk pelan prabayar

Pelanggan Celcom Xpax Mix & Match juga boleh menambah kuota 99GB untuk aplikasi seperti TikTok, YouTube, Instagram dan banyak lagi dengan hanya RM5. Bagi pelanggan Digi Prepaid, Unlimited Video Pass menyediakan penstriman tanpa henti untuk program kegemaran di Netflix, YouTube, AstroGO dan pelbagai lagi pada hanya RM5. Pas ini juga boleh dinikmati oleh pelanggan Digi Postpaid.

· Lebih rebat untuk pelan Home Fibre

Pelanggan boleh menikmati internet fiber tanpa had dengan kelajuan hingga 300Mbps pada hanya RM100 sebulan apabila berpasangan bersama pelan Celcom MEGA atau Digi Postpaid yang terpilih.

Pelanggan boleh mengunjungi kedai jualan Digi dan cawangan Celcom bluecube yang terdekat atau kedai dalam talian untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan tawaran hebat ini. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran tersebut, sila layari https://celcom.com.my/personal dan https://digi.my/ji2023.