CelcomDigi merancakkan pelancaran rangkaian digital masa depan Malaysia

Home
ī¤„
Press Release
ī¤„
ī„§
June 1, 2023
ī§ 
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

- Syarikat meneruskan momentum rancak untuk membina rangkaian 4G yang terluas dan terpantas di Malaysia ā€“ yang direka bentuk untuk sedia-5G
- Menyampaikan rangkaian bagi keperluan digital pengguna, perniagaan dan negara

PETALING JAYA, 1 Jun 2023 ā€“ CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) hari ini menyatakan Ā bahawa ia telah memulakan program berskala penuh untuk membina rangkaian digital masa depan Malaysia ā€“ mengintegrasi dan memodenkan rangkaian 4G terbesar di Malaysia dengan teknologi-teknologi LTE dan sedia-5G yang terkini. Ia merupakan antara projek pelancaran rangkaian yang terbesar di negara yang memlibatkan sejumlah 18,000 tapak, susulan penggabungan Celcom dan Digi pada awal Disember 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Idham Nawawi berkata ā€œRangkaian baharu yang bersepadu dan dipermoden ini merealisasikan kelebihan dan kekuatan penggabungan antara Celcom dan Digi. Kami gambar untuk memulakan projek ini bagi negara, untuk membina rangkaian digital yang paling besar dan moden dengan menggunakan teknologi telekomunikasi mudah alih yang terkini. Kami telah berjaya melancarkan Ā projek rintis di lima kluster baru-baru ini, iaitu di Sitiawan, Rawang, Bercham, Port Dickson dan Kuantan, dan kami berbesar hati melaporkan bahawa usaha naik taraf berkenaan telah diuruskan tanpa sebarang gangguan terhadap pengalaman pelanggan. Ā 

ā€œKami komited untuk membina rangkaian yang lebih pantas dan kukuh bagi menawarkan rakyat Malaysia pengalaman digital tiada bandingan, yang berlandaskan piawaian kesalinghubungan, kelajuan, kebolehpercayaan dan kestabilan yang tinggi. Bersama-sama tawaran produk yang luas, kami berharap dapat mengupayakan pelanggan dengan kombinasi pilihan, nilai dan pengalaman rangkaian yang terbaik dan memperkasakan kehidupan mereka yang semakin menjurus kepada digital.ā€ Ā 

Integrasi dua rangkaian kukuh, yang menduduki tempat teratas dalam laporan industri sumber khalayak pihak ketiga yang terkini oleh Opensignal

Rangkaian digital baharu ini dibina atas dua rangkaian sedia ada yang kukuh, dengan gabungan jejak 96.4% untuk 4G LTE dan 90.3% untuk 4G LTE-A. Ā Kedua-dua rangkaian merupakan rangkaian yang menerima paling banyak penganugerahan dalam laporan industri Opensignal yang terbaharu ā€“ Malaysia: Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Mac 2023.

Kedua-dua rangkaian berjaya merangkul 11 tempat pertama secara gabungan dalam 15 kategori yang dianalisis oleh laporan itu. Celcom mengungguli kategori ā€˜Pengalaman Permainanā€™, ā€˜Pengalaman Aplikasi Suaraā€™, ā€˜Pengalaman Kelajuan Muat Turunā€™, ā€˜Pengalaman Kelajuan Muat Naikā€™ dan ā€˜Pengalaman Liputan 4Gā€™, serta berkongsi kemenangan dalam ā€˜Kelajuan Muat Naik 5Gā€™ dengan Digi. Sementara itu, Digi mendahului dalam semua kategori anugerah pengalaman 5G, dengan mengungguli kategori ā€˜Pengalaman Video 5Gā€™, ā€˜Pengalaman Permainan 5Gā€™ dan ā€˜Kelajuan Muat Turun 5Gā€™, serta berkongsi kemenangan dalam ā€˜Pengalaman Aplikasi Suara 5Gā€™, ā€˜Kelajuan Muat Naik 5Gā€™ dan ā€˜Kualiti Konsisten Cemerlangā€™ dengan Celcom. Ā 

Menaik taraf pengalaman perkhidmatan

CelcomDigi akan mengintegrasi dan memodenkan rangkaian mengikut kluster, dengan menumpukan aktiviti kepada usaha perluasan liputan dan kapasiti, menaik taraf tapak dengan teknologi terkini 4G dan 5G seperti Multiple-Input Multiple-Output (MIMO) dan Unit Jarak Jauh Radio (RRU) berbilang jalur, di samping mengemas tapak-tapaknya bagi menghapuskan pertindihan. Malah menurut syarikat itu, ia akan memaksimumkan portfolio spektrumnya bagi mewujudkan rangkaian berbilang lapisan dan berbilang jalur, yang merangkumi penggunaan spektrum 900Mhz di seluruh negara di semua tapak untuk meningkatkan liputan dan mutu perkhidmatan dalam ruang tertutup. Ā 

ā€œRangkaian baharu ini juga direka bentuk agar mampu beralih secara lancar ke rangkaian 5G baharu dengan capaian 18,000 tapak ā€“ infrastruktur yang betul untuk membimbing Malaysia ke era kelajuan ultra tinggi, kependaman rendah dan pelbagai peluang dalam satu masa depan yang lebih tersambung. Ini merupakan satu perkembangan penting untuk CelcomDigi dan negara, dan kami amat gembira untuk menjadi penearju yang merealisasikan potensi masa depan digital kita yang dikongsi bersama,ā€ tambah Datuk Idham.

Apabila siap kelak, rangkaian masa depan tersebut akan menawarkan pelanggan mutu pengalaman yang jelas dipertingkatkan hampir di mana-mana sahaja di seluruh negara, dengan meningkatkan capaian daripada 96% kepada 98% rakyat Malaysia di seluruh negara. Selain itu, tapak yang dinaik taraf dan pengembangan kapasiti akan menjadikan enjin rangkaian lebih pantas dan cekap, dengan keupayaan dipertingkatkan untuk menyampaikan daya pemprosesan yang lebih tinggi. Ini akan menawarkan pelanggan dengan sambungan yang lebih pantas dan boleh dipercayai, untuk menyokong aplikasi yang intensif-lebar jalur, dan membolehkan prestasi yang lancar merentasi banyak peranti secara serentak. Ā 

Rangkaian yang kalis masa depan ini akan mengukuhkan keupayaan CelcomDigi untuk memenuhi harapan pelanggan dengan lebih baik, kekal berdaya saing seiring dengan permintaan data landskap digital yang berkembang, di samping merintis jalan untuk 5G. Menurut syarikat itu, rangkaian yang dipermoden akan menjadi tunjang penting dalam memacu aspirasi CelcomDigi untuk menjadi enjin pertumbuhan digital baharu bagi negara. Ā 

Sebelum projek rintis tersebut, pelanggan di seluruh negara telah pun menikmati pengalaman liputan yang lebih baik daripada hampir 400 tapak Rangkaian Teras Berbilang Operator (MOCN) yang telah diaktifkan setakat ini. Tapak-tapak MOCN ini telah diaktifkan sebagai manfaat segera daripada penggabungan dua syarikat tersebut, dan terletak berhampiran dengan premis-premis pejabat serta kedai-kedai bluecube Celcom dan Kedai Digi di seluruh negara, serta lokasi-lokasi lain yang strategik.

Mengikut laporan kewangan suku pertama 2023, CelcomDigi merancang untuk melabur semula 15%-18% daripada jumlah hasil dalam perbelanjaan modal (CAPEX) bagi menyokong kedua-dua rangkaian sedia ada serta rangkaian bersepadu dan dipermoden yang baharu tersebut. Ia turut merancang untuk mengekalkan momentum integrasi yang kukuh bagi melengkapkan pelaksanaan rangkaian dalam tempoh dua setengah hingga tiga tahun akan datang. Ā 

Maklumat lanjut usaha integrasi dan pemodenan rangkaian akan dikongsi dalam masa terdekat. Ā