CelcomDigi eratkan hubungan yang tersayang sempena Raya ini dengan Hari Gaji Specials

Home
Press Release
April 17, 2023
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

PETALING JAYA, 17 April 2023 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) membolehkan pelanggan kekal berhubung dengan orang yang tersayang melalui liputan rangkaian terluas dan terpantas dengan tawaran Istimewa Hari Gaji pada April ini. Tawaran Istimewa Hari Gaji selama empat hari ini dapat dinikmati oleh kedua – dua pengguna Celcom dan Digi mulai hari ini sehingga 20 April 2023.  

Dengan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi, CelcomDigi memperkenalkan tawaran internet eksklusif untuk kedua – dua pelanggan prabayar dan pascabayar:-

Prabayar: Tambah nilai RM30 dan ke atas untuk dapatkan Internet 10GB PERCUMA

Pengguna prabayar Digi dan Celcom Xpax akan peroleh internet tambahan 10GB secara percuma apabila mereka tambah nilai melalui aplikasi dan e-dompet yang terpilih.

Untuk nikmati kuota Internet 10GB percuma, pengguna Celcom XPAX perlu tambah nilai RM30 ke atas melalui laman web Celcom, aplikasi Celcom Life atau Boost. Manakala, pengguna prabayar Digi boleh tambah nilai melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store secara atas talian, serta melalui aplikasi e-dompet Boost, Lazada, Shopee, Touch n Go dan Z City.

Pascabayar: Pas tambahan Internet berkelajuan tinggi 15GB hanya pada RM15

Pengguna pascabayar Celcom XPAX, Celcom MEGA™, dan Digi kini boleh menambah kuota internet mereka menerusi pembelian pas internet berkelajuan tinggi 15GB (tempoh sah selama 7 hari) hanya pada RM15.

Pengguna Celcom boleh dapatkan Internet tambahan melalui aplikasi Celcom Life, manakala pengguna Digi pula boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyDigi dan Digi Store secara atas talian.

Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, sila layari https://www.celcom.com.my/promotions/hgs atau https://digi.my/hgs.