Anti-penipuan: Bersatu memerangi penjenayah siber!

Home
Press Release
September 1, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Menggandakan usaha membantu rakyat Malaysia kekal selamat dalam talian dan luar talian

SUBANG JAYA, 1 September 2022 –Sindiket penipuan dan penggodam semakin kreatif dan licik setiap hari. Rakyat Malaysia harus bersatu memerangi musuh masyarakat ini dan melindungi diri sendiri. Dalam usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap sindiket penipuan, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menggesa rakyat Malaysia untuk sentiasa berwaspada walau dalam talian mahupun luar talian.

Tinjauan ringkas yang dijalankan oleh Digi baru-baru ini untuk mengetahui tahap kesedaran awam terhadap penipuan mendapati bahawa 72% daripada 318 responden dewasa yang bekerja, masih gagal mengenal pasti penipuan, 63% akan mendedahkan data peribadi mereka apabila menerima panggilan yang mendakwa daripada bank manakala 58% akan klik pautan daripada sumber yang tidak dikenal pasti.

Ketua Bahagian Kelestarian Digi Philip Ling berkata bahawa meskipun statistik tersebut diperoleh daripada sampel yang kecil, ia menunjukkan bahawa peringatan berterusan amat penting agar masyarakat sentiasa berwaspada dan berdaya tahan terhadap serangan penipuan yang licik dan manipulatif yang kerap berlaku dalam masyarakat.

“Tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ menyeru rakyat Malaysia untuk bekerjasama dalam membina daya tahan terhadap semua jenis serangan siber termasuk penipuan. Sindiket penipuan sentiasa menyasarkan mangsa ketika mereka leka. Oleh itu, kita akan terus mendidik orang ramai cara mengenal pasti risiko dalam talian dan luar talian serta melindungi maklumat peribadi mereka. Usaha seperti ini boleh dipertingkatkan lagi melalui kerjasama di antara pelbagai sektor supaya kita dapat membina masa depan digital yang lebih selamat dan lebih baik untuk semua rakyat Malaysia,” kata Philip.

Menggandakan usaha dalam privasi dan keselamatan internet

Memandangkan data menjadi sumber penting dalam dunia digital yang berkembang pesat, penjenayah siber sentiasa memburu maklumat peribadi pengguna.

Menekankan kepentingan data peribadi dan perlindungan privasi, Pegawai Perlindungan Data Digi Kulani Kulasingam berkata, “Data peribadi kami amat bernilai. Kami tidak boleh mengambil mudah tentang perkara ini. Langkah pertama yang orang awam perlu lakukan adalah melindungi data peribadi mereka sebaik mungkin. Inj termasuk alamat e-mel, butiran perbankan, lokasi, malah foto yang dikongsi di akaun media sosial. Perkongsian maklumat tentang diri sendiri secara berlebihan boleh mendedahkan kami kepada potensi bahaya dalam talian dan luar talian.”

Sebahagian daripada komitmen Yellow Heart Digi adalah untuk terus memperkasa masyarakat, maka Digi menggesa orang ramai merujuk kepada bahan-bahan berikut serta berkongsi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan supaya kekal selamat dalam talian dan luar talian:

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yellow Heart Digi, layari https://digi.my/yellowheart.