Pek baharu, Digi Prepaid NEXT, menawarkan 30 hari internet pantas daripada RM15

Home

Press Release


June 21, 2020

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Pengalaman baharu prabayar dengan pelan segera 30 hari internet pantas dan tempoh sah
  • Fleksibiliti dalam pembelian penambahan internet pantas pada bila-bila masa daripada RM1
  • Permudahkan pengalaman sambungan dengan menggunakan ciri baharu internet Kekal Aktif untuk melanjutkan tempoh sah talian
  • Menawarkan gaya hidup digital yang unggul dengan MyDigi sebagai platform sehenti untuk manfaat semua

SUBANG JAYA, 22 Jun 2020 - Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan pek baharunya, Digi Prepaid NEXT, satu-satunya pek permulaan prabayar di pasaran yang disediakan dengan pelan 30 hari internet pantas, bermula daripada RM15. Pek permulaan mudah ini menyasar pelanggan yang inginkan jaminan akses internet serta mengekalkan talian aktif untuk jangka masa yang lebih panjang dan dalam masa yang sama, mengawal perbelanjaan mereka.

Prinsipnya mudah: dengan harga RM15, pelanggan dapat menikmati 30 hari internet pantas yang mengekalkan talian aktif mereka selama 30 hari yang sama. Pelanggan hanya perlu membayar harga yang sama iaitu RM15 untuk memperbaharui pelan internet pantas setiap bulan. Jika pelanggan inginkan lebih internet dalam bulan tersebut, penambahan internet pantas boleh dibeli daripada RM1. Kaedah menggunakan internet untuk memanjangkan tempoh sah talian menerusi ciri baharu, Kekal Aktif telah memecah tradisi di mana lazimnya pelanggan membuat isian semula untuk menguruskan tempoh sah talian, dan penambahan internet mempunyai tempoh sah yang berasingan dengan tempoh sah talian. Secara dasarnya, Digi menyediakan alternatif yang mudah untuk pelanggan menikmati pengalaman internet pantas dengan Kekal Aktif, Kekal Berinternet.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata, "Kami memperkenalkan penyelesaian mudah dan inovatif ini pada waktu di mana kami memahami bahawa pelanggan kini meletakkan keutamaan dalam perbelanjaan mereka dan dalam masa yang sama cuba menyeimbangkan keperluan untuk kekal berhubung secara konsisten. Pek semua-dalam-satu ini memberi pelanggan lebih banyak nilai dan fleksibiliti dalam bentuk pelan internet pantas yang berpatutan dengan kawalan tempoh sah talian menerusi satu isian semula, dan akses kepada pelbagai manfaat daripada penambahan kelajuan pantas, pembayaran mudah sehingga kepelbagaian ganjaran dan tawaran di MyDigi. Keseluruhan penyelesaian ini adalah mudah daripada mula, dan perkara ini akan memberi kebebasan kepada pelanggan untuk fokus terhadap perkara-perkara yang penting bagi mereka pada masa ini."

visual info

Pek 2 dalam 1 yang menawarkan nilai hebat dan pengalaman sambungan yang dipermudahkan

Digi Prepaid NEXT hadir dengan beberapa pelan 30 hari internet pantas yang disesuaikan mengikut pilihan penggunaan pelanggan yang berbeza bagi akses internet, media sosial dan panggilan. Bermula daripada RM15, semua pelan menggabungkan samada pelan internet pantas atau panggilan tanpa had dengan pelan internet.

Untuk memastikan talian kekal aktif selama 30 hari berikutnya, pelanggan hanya perlu memperbaharui pelan internet pantas dengan membayar harga yang sama dengan pek permulaan atau mereka boleh memilih untuk menaik taraf ke mana-mana pelan lain bagi memenuhi keperluan mereka pada masa tertentu. Melakukan pembaharuan merupakan pengalaman yang menguntungkan, dengan adanya tawaran nilai hebat buat pelanggan dengan faedah istimewa seperti bonus kesetiaan bermula daripada 500MB hingga 2GB, dan faedah istimewa akan terus bertambah semakin lama pelanggan kekal serta setiap kali mereka memperbaharui pelan internet pantas dengan Digi.

Platform sehenti untuk pengalaman digital yang unggul

Dikuasakan oleh aplikasi MyDigi, pelanggan Digi Prepaid NEXT akan mendapat akses penuh terhadap pelbagai manfaat yang terdapat pada aplikasi tersebut untuk memperkasakan gaya hidup digital mereka. Antara manfaatnya termasuklah mempunyai kawalan penuh terhadap isian semula dan langganan di hujung jari mereka, hingga ke tawaran internet yang boleh diperibadikan menerusi Box of Surprise, akses kepada lebih banyak ganjaran dan tawaran daripada semua jenama kegemaran di MyDigi Rewards, kredit permainan Republic GG dan banyak lagi.

Satu-satunya Pek Permulaan Prabayar di Pasaran dengan Pelan 30 hari Internet Pantas, Bermula daripada RM15

Digi Prepaid NEXT Pelan 30 Hari Internet Pantas RM15 RM28 RM28 Internet Pantas Kekal Aktif 3GB* 6GB* 4GB Pengalaman Kekal Berinternet Sosial Tanpa Had
(Facebook, Twitter, Instagram) YouTube Tanpa Had & Sosial Tanpa Had
(Facebook, Twitter, Instagram) Panggilan Tanpa Had
(Semua Rangkaian) Tempoh Sah 30 hari Penambahan Internet Penambahan Internet Pantas daripada RM1 Tarif

  • Panggilan – Semua Rangkaian: RM0.10/min
  • SMS – Semua Rangkaian: RM0.10/SMS
  • Panggilan Video – Semua Rangkaian: RM0.30/min

Manfaat Pelan

  • 1GB internet asas percuma setiap bulan seumur hidup
  • 20 minit Panggilan Terus Antarabangsa (IDD) percuma sebagai Bonus Penyertaan

Bonus Pembaharuan Percuma hingga 2GB Internet Pantas bagi pembaharuan yang berjaya dan dilakukan tepat pada waktu setiap bulan. Bonus Isian Semula Dengan isian semula minimum RM10 setiap minggu:

  • 100 minit panggilan percuma dari Digi ke Digi setiap minggu
  • IDD minit percuma ke negara terpilih setiap minggu

(*) Tawaran Pengenalan 50% Lebih Banyak Internet

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Digi Prepaid NEXT yang lain, layari http://digi.my/next