Menangi TV Pintar Samsung 75” QLED dengan Kempen CelcomDigi Switch dan Menang TV

Home
Press Release
April 7, 2023
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

PETALING JAYA, 7 April 2023 – Sempena meraikan Hari Raya yang bakal tiba, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) menawarkan pelanggannya peluang untuk memeriahkan sambutan mereka dengan TV Pintar QLED Samsung 75” baharu bernilai RM14,999! Sebanyak 12 unit akan diberikan kepada pelanggan yang bertuah dalam tempoh masa 12 minggu.

Untuk membawa pulang TV yang baharu ini, pelanggan hanya perlu mendaftar dengan pelan pascabayar Celcom atau Digi yang berharga RM60 dan ke atas, di cawangan bluecube Celcom atau kedai Digi (Digi store) bermula 7 April hingga 30 Jun 2023.

Daftar dengan Pelan Pascabayar Celcom dan Digi

Bagi pelanggan yang mendaftar dengan pelan Celcom MEGA atau Digi Pakej PowerJimat, mereka bukan sahaja berpeluang untuk memenangi sebuah TV malah mereka juga dapat memiliki telefon pintar seperti Samsung, OPPO, HONOR, atau Redmi 5G, sambil menikmati faedah tambahan Internet 5G.

Pelanggan yang ingin kekal terhubung tanpa sebarang kebimbangan tentang kuota Internet, mereka boleh memilih untuk mendaftar dengan pelan Pascabayar Digi Infinite 75 atau pelan Pascabayar Xpax Unlimited 75, yang telah dilancarkan baru – baru  ini hanya pada RM65 sebulan untuk masa terhad sahaja.  Dengan memilih mana - mana pelan tersebut, pelanggan dapat menikmati Internet dan panggilan tanpa had, membolehkan mereka kekal terhubung dengan rakan dan keluarga pada musim perayaan ini.  

Pelanggan juga boleh mendaftar ahli keluarga mereka dengan pelan Digi Pascabayar Family Tanpa Had yang didatangi dengan 3 talian mudah alih dan 5G Booster secara PERCUMA. Pelan ini membolehkan pelanggan untuk menikmati pengalaman Internet 5G tanpa had  dengan hanya RM200 sebulan.

Nikmati Fiber CelcomDigi Tanpa Had dan Ultra – Pantas

Perlukan Internet untuk kediaman anda? Semua pelanggan pascabayar Celcom dan Digi yang sedia ada boleh menikmati penjimatan terbaik apabila mereka mendaftar dengan pelan Fiber CelcomDigi 300Mbps yang baharu, dengan harga RM100 sebulan! Bagi pelanggan Celcom atau Digi yang baharu, ini merupakan peluang untuk mereka menikmati fiber ultra – pantas dengan diskaun sebanyak 50% sehingga 6 bulan.

Jangan lepaskan peluang ini dan kunjungi cawangan Celcom atau kedai Digi (Digi Store) berdekatan anda, dan daftar hari ini!  

Bagi maklumat lanjut berkenaan tawaran ini, sila layari https://www.celcom.com.my/switch-wintv atau https://www.digi.com.my/promotion/switch-and-win-tv