Sebuah inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka dan menghargai kreativiti serta kepelbagaian seni jalanan di Malaysia.
SUBANG JAYA, 7 Julai 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan #DigiSnapshot, sebuah inisiatif yang diinspirasikan daripada daya kreativiti dan imaginasi artis Malaysia dalam menghasilkan karya seni jalanan tempatan.
Kempen #DigiSnapShot bermula sebagai satu usaha bagi meraikan kehadiran seni mural yang kian membangun di negara ini dengan mewujudkan platform dalam talian untuk rakyat Malaysia berkongsi gambar seni jalanan yang terdapat di negara ini. Inisiatif ini telah berkembang menjadi projek pementasan bakat buat Digi, justeru itu kini #DigiSnapshot juga bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai jurugambar dan pencinta seni jalanan untuk berkongsi apa sahaja gambar seni jalanan yang mereka temui di seluruh Malaysia bersama para peminat seni lain di Instagram.
Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menjadi sebahagian daripada kempen #DigiSnapShot ini dengan berkongsi gambar seni jalanan kegemaran mereka di Instagram. Setiap bulan, mereka yang gambarnya terpilih untuk disiarkan semula di @digitelco akan diberikan ganjaran.
Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan, percaya bahawa setiap seni jalanan merupakan satu bentuk ekspresi sosial dan mempunyai kisahnya yang tersendiri. Oleh itu artis yang berbakat ini perlu diberikan peluang serta platform untuk berbuat demikian. “#DigiSnapShot berhasrat untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan artis dan seni jalanan tempatan di seluruh negara. Dalam pada kami terus berkembang dan berkongsi mengenai projek pementasan bakat ini, Digi berharap dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong industri seni mural di Malaysia, dengan memberikan perhatian yang sewajarnya di samping mengangkat pelbagai seni jalanan yang unik di seluruh negara sebagai satu cara untuk meraikan kepelbagaian dalam budaya kita,” kata Praveen.
Anda boleh mengambil bahagian dalam #DigiSnapShot dengan tiga langkah mudah:-
1. Ikuti @digitelco di Instagram dan rakam mana-mana gambar seni jalanan atau mural yang menarik perhatian anda di sekitar Malaysia.
2. Kongsikan gambar tersebut di Instagram anda. Sila pastikan tetapan profil adalah untuk umum.
3. Tag @DigiTelco dan sertakan tanda pagar #DigiSnapShot dalam kapsyen gambar.
Layari https://www.digi.com.my/digisnapshot-bm untuk maklumat lanjut.