Digi's iFleet to provide time critical tracking for Medilife Ambulance Services and eCall systems

Home

Press Release


January 7, 2018

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

     

  • Apabila masa menjadi faktor yang penting, penyelesaian jejakan kenderaan komersial iFleet dijangka akan menepati atau mengurangkan tempoh purata menunggu bagi perkhidmatan ambulans ke 15 minit atau kurang
  •            
  • Melancarkan Dana Transformasi RM1 Juta iFleet untuk membantu SME menambah baik flit dan mendigitalkan perniagaan mereka menggunakan teknologi IoT
  •    

Kuala Lumpur, 8 Januari 2018 - Medilife Ambulance Services mengumumkan usaha sama dengan iFleet hari ini untuk memberikan jejakan kritikal masa dan keterlihatan yang lebih tinggi untuk operasinya yang berpusat di Sepang/Pulau Pinang. iFleet ialah sejenis penyelesaian B2B yang disasarkan pada kenderaan komersial, penyelesaian IoT yang pertama diperkenalkan oleh Digi dari rangkaian penawaran Connected Vehicle syarikat tersebut. Penyelesaian jejakan flit (fleet) pintar tersebut membolehkan perniagaan menjejak flit mereka dalam masa sebenar dan buat masa ini merupakan penyelesaian semua dalam satu yang paling lengkap di pasaran.

Perkhidmatan Kritikal Masa
Antara tahun 2010 dan 2013, banyak aduan telah diterima mengenai ambulans yang mengambil masa sehingga 45 minit untuk sampai ke lokasi kecemasan. Seiring dengan projek rintis Kementerian Kesihatan untuk menempatkan ambulans di plaza tol dan beberapa kawasan penting yang lain, Medilife Ambulance Services dijangka akan mengurangkan tempoh tindak balas dengan iFleet. Tempoh purata menunggu untuk ambulans buat masa ini ialah 15 minit dan ia mungkin boleh dikurangkan lagi kerana pejabat pusat Medilife boleh memaklumkan ambulans yang paling dekat dengan lokasi kecemasan dan menganggarkan masa ketibaan - ciri-ciri yang sangat penting dalam kes kecemasan.

Pengarah Eksekutif Medilife Ambulance Dr. A.Rasheed Ahamed MD berkata, ''Kebolehan untuk menjejak ambulans dalam masa sebenar juga memberikan keterlihatan yang lebih tinggi kepada kami untuk memastikan pesakit sampai ke hospital dengan selamat. Ini meyakinkan kami bahawa iFleet berpotensi mengurangkan tempoh terhenti atau situasi yang tidak diingini kerana kami beroperasi di seluruh negara, 24 jam sehari dan 365 hari setahun.''

Situasi yang tidak diingini seperti kemalangan yang melibatkan ambulans terlalu kerap berlaku di Malaysia - antara tahun 2006 dan 2014, purata kemalangan melibatkan ambulans ialah 129 setiap tahun, dengan 9 kemalangan maut dan 636 kemalangan tidak membawa maut dalam tempoh lima tahun. 70.4% kemalangan ambulans berlaku pada waktu siang, 55.7% pada hujung minggu, 49.7% kemalangan di jalan lurus dan 35.4% berlaku di jalan persekutuan . Dengan iFleet, pejabat pusat Medilife boleh menandakan jalan yang mempunyai kebarangkalian kemalangan yang tinggi dan memaklumkan kepada pemandu ambulans jalan yang lebih selamat di samping menjejak parameter lain seperti kelajuan kenderaan dan tabiat pemanduan.

Menyokong perkhidmatan kecemasan untuk beralih ke penyelesaian jejakan pintar
Walaupun masih dalam peringkat cadangan, kerajaan telah menyatakan keinginan untuk memasang sistem panggilan kecemasan (eCall) di dalam semua kenderaan pada tarikh tentatif tahun 2020. Ketika kemalangan berlaku, sistem ini akan memaklumkan Malaysian Emergency Response Services atau MERS999, dengan data kemalangan yang ada dalam tempoh yang paling singkat.

iFleet dikawal dengan unik untuk menyokong langkah kerajaan ke arah penyelesaian jejakan kenderaan pintar dengan kebolehan untuk menyesuaikan kegunaannya dalam pelbagai situasi berbeza, sama ada dalam konteks komersial (B2B) dan pengguna (B2C) dengan set parameter data yang boleh dikhususkan sepenuhnya kepada kriteria risiko yang ditetapkan dan membolehkan pengiraan premium yang tepat.

Praveen Rajan, Ketua Pegawai Digital Digi berkata, ''Dengan Medilife Ambulance Services, kami kini menyaksikan penggunaan iFleet dalam perkhidmatan kritikal masa, yang ingin memastikan hampir tiada tempoh terhenti dan situasi tidak diingini berlaku. iFleet mudah disepadukan dan lebih mudah digunakan berbanding sistem GPS tradisional yang besar dan sukar dipasang di dalam kenderaan seperti ambulans. Kami gembira untuk terus membantu perniagaan-perniagaan yang berminat untuk menggunakan penyelesaian jejakan pintar yang dapat memenuhi faktor-faktor di atas.''

Digi memperuntukkan RM1 Juta untuk membantu lebih banyak SME menambah baik flit mereka
Dana Transformasi Flit RM1 Juta yang diumumkan pada pertengahan Disember lalu bertujuan untuk membantu lebih banyak perusahaan mendigitalkan flit mereka dengan penyelesaian jejakan pintar iFleet. Perusahaan akan mendapat manfaat daripada keterlihatan dan kawalan penuh ke atas operasi, aset dan pemandu flit mereka, serta jaminan bahawa kenderaan mereka memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan undang-undang. Ini akan membolehkan SME membina lebih kredibiliti, kecekapan dan keselamatan untuk perniagaan mereka, menyediakan platform yang baik kepada pemilik perniagaan untuk memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting - iaitu mengembangkan perniagaan mereka.

''Kami ingin menggalakkan SME memohon Dana Transformasi RM1 Juta ini kerana kami percaya merekalah sasaran utama di mana kami boleh menghasilkan perubahan yang paling besar dari segi impak kepada perniagaan. Kecekapan yang lebih tinggi dalam mengendalikan flit bermakna anda memaksimumkan penggunaan flit sedia ada untuk memperbaiki masa ketibaan, dan mungkin juga menerima lebih banyak tugas tanpa perlu menambah jumlah kenderaan. Manfaat juga boleh dilihat dalam bentuk wang yang dapat dijimatkan, kemudahan menggunakan perkhidmatan kami untuk meringankan tugas-tugas pentadbiran bagi Pengurus Flit serta masa yang dapat dijimatkan,'' kata Praveen Rajan, Ketua Pegawai Digital Digi.

SME yang berdaftar di Malaysia dengan saiz flit sehingga 30 buah kenderaan boleh memohon Dana Transformasi Flit RM1 Juta dari sekarang hingga 31 Mac 2018 di www.ifleet.my/transform. Dana ini terbuka kepada mana-mana SME yang mengendalikan flit kereta, motosikal, lori, van dan apa sahaja kenderaan. Ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada SME dalam bidang logistik, pembinaan, kejuruteraan, kerajaan, penjagaan kesihatan, organisasi bukan berasaskan keuntungan, sistem paip, kawalan serangga perosak, keselamatan, syarikat kereta sewa, pengangkutan, penghantaran, perkhidmatan perubatan atau kecemasan, serta motosikal penghantar barang.

Pemohon yang berjaya juga akan menerima sehingga RM10,000 setiap seorang dalam jumlah subsidi keseluruhan untuk pemasangan iFleet ke dalam kenderaan mereka dan subsidi untuk pendaftaran perkhidmatan iFleet. Untuk maklumat lanjut mengenai iFleet dan Dana Transformasi RM1 Juta, layari https://ifleet.my/.