Digi perkenal pelan Digi Prepaid NEXT yang dipertingkatkan dengan lebih nilai dan fleksibiliti

Home
Press Release
March 3, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Kuota tambahan untuk pengguna baharu dan sedia ada, akses tanpa had bagi aplikasi sosial, pembaharuan automatik dengan faedah tambahan dan booster bulanan baharu untuk dipilih.

SUBANG JAYA, 3 MAC 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan penambahbaikan terhadap portfolio Digi Prepaid NEXT untuk pelanggan baharu dan sedia ada. Boleh dinikmati mulai hari ini, ciri baharu yang diperkenalkan menawarkan lebih nilai dan fleksibiliti tanpa kos tambahan bagi memudahkan pelanggan kekal berhubung dengan pelbagai perkara penting.

Tawaran Prepaid NEXT yang ditambah baik termasuklah:

  • Peningkatan kuota Internet untuk Digi Prepaid NEXT 15 ke 6GB dan Prepaid NEXT 30 ke 20GB, memudahkan pelanggan kekal berhubung melalui talian kekal aktif dengan Internet berkelajuan tinggi tanpa had kelajuan.
  • Internet tanpa had PERCUMA untuk aplikasi sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Twitter serta kuota Hotspot PERCUMA sehingga 6GB1. Tawaran ini eksklusif untuk pelanggan yang memilih ciri pembaharuan automatik yang baharu.
  • Pelanggan kini boleh menikmati penggunaan Internet tanpa sebarang gangguan dengan ciri Pembaharuan-Automatik yang akan memperbaharui langganan bulanan mereka secara automatik apabila tamat tempoh pelan yang dipilih.
  • Booster Bulanan, pelengkap kepada pelan prabayar yang dilanggan kini hadir dengan lebih pilihan bagi memenuhi keperluan berasingan dan gaya hidup digital pelanggan. Mulai serendah RM3 sebulan, pelanggan boleh memilih untuk menikmati lebih Internet berkelajuan tinggi atau memilih daripada pilihan tambahan iaitu Panggilan Tanpa Had, Penstriman Video Tanpa Had, Penstriman Muzik Tanpa Had dan Hotspot Tanpa Had.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, “Demi memastikan pelanggan prabayar dapat terus berhubung dengan mudah, Digi sentiasa berusaha untuk memberikan tawaran dengan nilai terbaik melalui produk dan perkhidmatan yang tidak rumit dan relevan mengikut keperluan serta gaya hidup mereka. Pelanggan bebas memilih mana-mana pelan daripada portfolio Digi Prepaid NEXT yang bersesuaian dengan mereka, dengan jaminan setiap pelan Kekal Aktif dilengkapi kuota Internet yang besar beserta sambungan berkelajuan tinggi tanpa sebarang had kelajuan.”

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran bagi pelan Digi Prepaid NEXT, layari https://digi.my/hebat.