Digi Menginspirasikan Rakyat Malaysia Agar Mengeratkan Hubungan Melalui Tradisi Pada Musim Raya Ini

Home
Press Release
April 25, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

SUBANG JAYA, 25 APRIL 2022 – Pada musim perayaan Raya ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengajak rakyat Malaysia untuk menjalin semula hubungan persaudaraan bersama orang tersayang dan menghargai tradisi serta didikan yang menjadikan diri kita pada hari ini.

Video Raya Digi, ‘Alunan Hati’ mengetengahkan erti sebenar sebuah silaturahim, atau ikatan kekeluargaan, dan bagaimana tradisi yang mendekatkan hubungan sesama ahli keluarga dapat membangkitkan emosi serta kenangan manis untuk dikongsi bersama orang sekeliling.  

Video Raya Digi kali ini menyorot kehidupan seorang anak lelaki yang sangat sibuk mengejar impian dan akhirnya terperangkap dalam rutin kehidupan yang diibaratkan sebagai sebuah perlumbaan tanpa kesudahan. Situasi tersebut menggambarkan betapa mudahnya untuk seseorang mengambil ringan tentang tradisi yang telah disemat dalam dirinya semenjak kecil, dan betapa pentingnya untuk kita kembali pada akar umbi, seperti ditonjolkan oleh si ibu yang gigih berusaha untuk mengekalkan tradisi keluarganya agar terus bertahan.

Ketua Pegawai Jualan Digi, Praveen Rajan berkata, “Pada Raya kali ini, kami ingin mengajak rakyat Malaysia untuk mengeratkan lagi tali kekeluargaan dengan meluangkan masa berhubung bersama sesiapa sahaja yang dekat di hati mereka. Ini juga merupakan masa untuk kita mengukirkan kenangan baru bersama ahli keluarga tersayang setelah tidak dapat bersama-sama meraikan perayaan Hari Raya secara fizikal sejak dilanda pandemik. Kami di Digi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakyat Malaysia yang menyambut Hari Raya dan berharap agar kita semua terus kekal selamat ketika meluangkan masa beramah mesra dengan keluarga pada musim Raya ini.”

Untuk sama-sama meraikan musim Ramadan dan Raya kali ini, Digi juga telah memperkenalkan beberapa siri promosi dan tawaran menarik bagi produk Prabayar, Pascabayar, Fiber serta telefon pintar untuk pelanggan melalui kempen Digi Juara Internet Sinaranku. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran eksklusif, lawati https://digi.my/sinaranku.

Tonton video Raya penuh di halaman rasmi YouTube Digi di http://digi.my/AlunanHatiYT atau Facebook di http://digi.my/AlunanHati.  

-TAMAT-