Digi memperkenalkan pelan Digi Postpaid yang dipertingkatkan dan pakej Family Unlimited yang baharu

Home
Press Release
March 1, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Peningkatan kuota internet untuk pengguna Digi Postpaid1 baharu dan sedia ada serta Freedom Add-Ons baharu dengan lebih tawaran tambahan percuma untuk pilihan pelanggan.
  • Pengenalan Digi Postpaid Family Unlimited untuk Internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had yang berpatutan buat seisi keluarga.

SUBANG JAYA, 1 ​​MAC 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan portfolio Digi Postpaid yang dipertingkatkan dengan tambahan kuota internet untuk pelanggan baharu dan sedia ada, lebih tawaran tambahan percuma menerusi Digi Freedom Add-Ons serta pengenalan Digi Postpaid Family Unlimited iaitu pakej keluarga mampu milik dengan Internet dan panggilan tanpa had.

Sebagai sebahagian daripada pelan Digi Postpaid yang dipertingkatkan, pelanggan baharu dan sedia ada kini boleh menikmati kuota internet yang lebih besar. Mulai hari ini, pelanggan Digi Postpaid 60 akan dinaik taraf daripada 25GB kepada 30GB, Digi Postpaid 120 daripada 65GB kepada 70GB dan Digi Postpaid 150 daripada 85GB kepada 90GB.  

Pelanggan juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih daripada seleksi Freedom Add-Ons2 yang lebih banyak seperti tambahan bagi semua penggunaan Internet berkelajuan tinggi dan pilihan Internet tanpa had untuk penstriman, media sosial atau permainan. Freedom Add-Ons ini adalah PERCUMA dengan komitmen kontrak 12 bulan yang mudah untuk pelanggan Digi Postpaid baharu dan sedia ada. Pelanggan Digi Postpaid talian keluarga yang terbaharu akan juga menikmati faedah yang diperluaskan ini.

Tawaran baharu bagi pakej keluarga dilengkapi Internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had untuk setiap ahli keluarga

Digi Postpaid Family Unlimited yang baru dilancarkan ini merupakan sebahagian daripada usaha Digi untuk terus membantu keluarga kekal berhubung dengan bajet bulanan yang boleh dijangka. Bermula daripada RM200 sebulan, keluarga yang memilih Digi Postpaid Family Unlimited akan menikmati tiga talian pascabayar dengan Internet berkelajuan tinggi dan panggilan tanpa had serta pilihan untuk menambah talian pascabayar3. Digi Postpaid Family Unlimited kini tersedia untuk pendaftaran di Digi Store dan Digi Store Express.

Untuk melengkapkan pengalaman sambungan di rumah, pelanggan boleh juga melanggani Digi Fibre pada harga yang tiada tandingannya, seperti membayar hanya RM100/bulan untuk Internet fiber ultra pantas 300Mbps tanpa had.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, “Tawaran pascabayar yang diperbaharui ini merupakan penghargaan Digi terhadap pelanggan atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan kepada kami. Kami berpegang teguh pada matlamat untuk bukan sahaja membantu pelanggan terus berhubung dengan mudah menerusi rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas, malah menyediakan sambungan internet yang hebat dengan nilai terbaik, sekaligus menjadikannya lebih bermakna buat mereka dan keluarga untuk terus bersama Digi bagi menikmati manfaat daripada tawaran baharu ini.”

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan pascabayar baharu yang dipertingkatkan ini, Freedom Add-Ons dan Family Unlimited, sila layari https://www.digi.com.my/postpaid.