Digi memperkenalkan pas internet pantas eksklusif bagi pelajar SPM dan STPM

Home

Press Release


January 5, 2021

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Pas internet 15GB ditawarkan untuk semua pelanggan yang lahir diantara tahun 2001 dan 2004
  • Ditawarkan pada masa terhad daripada 6 Januari hingga 30 April 2021
  • Sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu isi rumah B40 serta pelajar yang akan menduduki peperiksaan agar tetap terhubung dengan pakej data mampu milik

SUBANG JAYA, 6 JANUARI 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan pas internet pantas, Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 yang disediakan khas bagi pelajar yang lahir di antara tahun 2001 dan 2004, dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini. Pas internet pantas ini membolehkan pelajar mendapat pengalaman penyambungan internet terbaik bagi persiapan mereka menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Ditawarkan untuk masa terhad daripada 6 Januari 2021 hingga 30 April 2021, Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021 menawarkan internet pantas 15GB dengan tempoh sah 30 hari, pada harga mampu milik, RM20. Dengan pas ini, talian prabayar mereka juga akan kekal aktif selama 30 hari tanpa perlu membuat isian semula.

Untuk pelanggan Digi, pas internet pantas ini boleh didapati dengan mudahnya daripada aplikasi MyDigi atau dengan mendail *128# untuk mendapatkan akses serta merta. Bagi pelanggan baru, mereka boleh mendapatkannya dengan pembelian pek Digi Prepaid Next daripada mana-mana kedai yang menjual pek Digi termasuk kedai serbaneka dan pasaraya terpilih.

Digi sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan dalam menyokong inisiatif untuk membantu isi rumah B40 serta pelajar yang akan menduduki peperiksaan. Selain menawarkan pakej data khas mampu milik, Digi juga menyediakan inisiatif lain termasuk pembelajaran dalam talian secara percuma melalui Jom Tuisyen, perkhidmatan WiFi percuma di Projek Perumahan Awam terpilih (PPR), serta memanjangkan waktu operasi semua Pusat Internet di bawah kelolaan Digi di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Data Khas SPM dan STPM 2021, layari http://digi.my/spm-stpm