Digi memperkenalkan Gemilang Deals untuk meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Home
Press Release
August 18, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin memberi rakyat Malaysia lebih banyak pilihan untuk memiliki telefon pintar dengan hanya RM1
  • Pengguna prabayar mendapat lebih internet dengan tambah nilai RM5 untuk 5GB
  • Pelbagai tawaran menarik untuk meningkatkan lagi gaya hidup digital pelanggan

SUBANG JAYA, 18 Ogos 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan Gemilang Deals mulai sekarang sehingga 30 September 2021. Kempen istimewa ini bertujuan membantu pelanggan untuk terus kekal terhubung dan produktif meskipun terpaksa bekerja atau belajar dari rumah dengan tawaran pelan internet dengan nilai terbaik serta peranti telefon pintar mampu milik.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata, “Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keperluan komunikasi pelanggan, kami membawakan tawaran Gemilang Deals Digi untuk membantu memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki telefon pintar dan mempunyai akses ke pelan internet yang bersesuaian dengan keperluan digital mereka. Digi amat berbesar hati menyokong inisiatif Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin dan akan terus memainkan peranan dalam menghulurkan bantuan bagi mempercepatkan usaha pemilikan telefon pintar mampu milik dalam kalangan rakyat Malaysia, supaya kualiti serta taraf hidup mereka dapat ditambah baik menerusi digitalisasi.”

Tawaran Gemilang Deals

  • Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin - Pakej istimewa telefon pintar pascabayar dengan Digi PhoneFreedom 365 (PF365) atau Digi Smart Bundle yang membolehkan pelanggan membeli telefon pintar 4G terpilih dengan hanya RM1.
  • Digi PhoneFreedom 365 (kontrak 24 bulan) – Pelanggan boleh membeli salah satu daripada telefon pintar 4G terpilih iaitu Samsung Galaxy A12, Oppo Reno 5F atau Vivo V21E dengan hanya RM1 sebulan melalui pelan ansuran pintar ini apabila digandingkan bersama pelan Digi Postpaid 120 (DP120) ke atas. Selain itu, sebagai sebahagian daripada tawaran PF365, pelanggan juga akan menikmati penjimatan sehingga RM480 ​​dalam tempoh kontrak 24 bulan.
  • Digi Smart Bundle (kontrak 12 bulan) – Pelanggan boleh memilih untuk membeli Samsung Galaxy A02 atau Redmi 9A pada harga RM1 atau Samsung Galaxy A02S pada harga RM24 apabila digandingkan dengan Digi Postpaid 60 (DP60).
  • Tawaran istimewa untuk tambah nilai internet berkelajuan tinggi – Pelanggan prabayar Digi akan menikmati tawaran masa terhad RM5 untuk 5GB (harga biasa RM5 untuk 3GB) apabila mereka membuat tambah nilai internet dalam tempoh promosi ini. Tambah nilai boleh dilakukan melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *128#.
  • Melalui kempen Jaringan Prihatin yang telah dilanjutkan sehingga 30 September 2021, Digi terus menawarkan pelan rebat dan subsidi peranti sehingga RM300 untuk pelbagai jenis peranti yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan, membolehkan mereka kekal terhubung dengan keluarga semasa pandemik ini.
  • Dapatkan 1GB data internet PERCUMA setiap hari sehingga 31 Disember 2021 untuk keperluan produktiviti anda. Pelanggan prabayar hanya perlu mendail *338*1*1# manakala pelanggan pascabayar pula boleh mendail *238*1*1 untuk menebus 1GB data percuma tersebut.
  • Pelanggan Digi Postpaid masih boleh menikmati tawaran masa terhad Digi Fiber dengan kelajuan tinggi 300Mbps pada harga RM100 sebulan.
  • Pelanggan yang memerlukan lebih sambungan data untuk peranti tambahan seperti komputer riba dan tablet kini boleh menikmati kuota menyeluruh dengan Digi Broadband 45, 65 dan 105 yang diperkenalkan baru-baru ini. Dengan kuota menyeluruh pelanggan kini mendapat lebih banyak nilai dan fleksibiliti untuk melayari internet serta memuat turun bagi tujuan kerja, belajar atau bermain, selain mempunyai akses kepada lebih daripada 35 rakan penstriman.
  • Nikmati akses tanpa had ke TikTok dan Instagram dengan Pakej Data Khas Belia yang baru ditambahbaik. Ditawarkan untuk semua belia Malaysia berusia antara 12 hingga 24 tahun, pelan internet prabayar yang berharga RM20 sebulan ini juga dilengkapi sambungan internet berkelajuan tinggi 15GB dengan tempoh sah 30 hari.
  • Pelanggan Digi kini dapat menikmati cara yang lebih mudah untuk membayar bil mereka dan pada masa yang sama diberikan ganjaran apabila mendaftar pengebilan auto baharu dengan kad kredit atau debit Mastercard mulai sekarang hingga 30 November 2021. Setelah diaktifkan, pelanggan akan menerima rebat 5% daripada bil bulanan mereka selama enam bulan dan baucar Shopee bernilai RM10 secara percuma.