Digi melancarkan Juara Internet Malaysiaku, membawakan tawaran baru untuk rakyat Malaysia kekal berhubung

Home
Press Release
August 1, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Tawaran terbaik untuk menghubungkan rakyat Malaysia dan meraikan bersama Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun ini di mana jua

SUBANG JAYA, 1 Ogos 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan Juara Internet Malaysiaku, promosi terbaharu sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang. Juara Internet Malaysiaku adalah kempen istimewa bertujuan menyatukan rakyat Malaysia melalui sambungan berterusan didatangkan dengan tawaran masa terhad untuk peranti PERCUMA, Internet tambahan dan rebat pelan di samping penjimatan yang lebih besar buat seluruh rangkaian produk prabayar, pascabayar dan fibre Digi.

Bermula pada hari ini hingga 30 September 2022, semua pelanggan Digi baharu dan sedia ada boleh menikmati tawaran menarik berikut:

Lebih banyak peranti percuma untuk dimiliki!

Kini, lebih ramai pelanggan boleh mendapatkan peranti percuma bersama kuota internet tambahan dan penjimatan menarik melalui tawaran Pakej PowerJimat dan pelan Postpaid Family Unlimited. Dengan pelbagai seleksi telefon pintar dan peranti daripada OPPO, Redmi, Samsung, dan vivo, pelanggan boleh mendapatkan peranti bersama pelan pascabayar yang bersesuaian dengan keperluan digital mereka.

· PERCUMA Samsung Galaxy Tab A7 Lite dengan pendaftaran Digi Postpaid Family Unlimited.

· PERCUMA Samsung A03 dengan Pakej PowerJimat untuk pelan Digi Postpaid 40.

· PERCUMA Samsung A03, Redmi 10A, vivo Y15S dan OPPO A16 dengan Pakej PowerJimat untuk Digi Postpaid 60.

· PERCUMA Samsung A13 dengan Pakej PowerJimat untuk Digi Postpaid 90.

Pelan Postpaid SIM dengan nilai terbaik

· Pelanggan baharu dan sedia ada yang menukar atau menaik taraf ke Digi Postpaid 40, 60 atau 90 akan menikmati Internet tambahan 10GB selama 12 bulan. Pelanggan Digi Postpaid 120 dan 150 akan mendapat sehingga 50 peratus tambahan kuota Internet.

· Pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke pelan Digi Postpaid 90 ke atas akan mendapat rebat tambahan sebanyak RM15/bulan selama 12 bulan.

· Pelanggan boleh meningkatkan keperluan digital individu mereka dengan Freedom Add-Ons melalui kontrak 12 bulan untuk pelan-pelan berikut:

o Digi Postpaid 40 – pilihan Sosial Tanpa Had PERCUMA

o Digi Postpaid 60 – pilihan Penstriman Tanpa Had PERCUMA

· Pelanggan boleh mendapatkan Gadget SIM secara PERCUMA selama dua bulan (bernilai RM10/bulan) yang membolehkan mereka berkongsi kuota Internet pelan pascabayar mereka dengan peranti lain menggunakan talian kedua.

· PERCUMA baucar RM200 GadgetFreedom Plus untuk pelanggan Digi Postpaid melalui aplikasi MyDigi. Mereka boleh menggunakan baucar untuk membeli peranti pintar dan aksesori tanpa sebarang kontrak di kedai rasmi Digi di Shopee Mall.

· Pelanggan juga boleh mendapatkan telefon pintar yang diingini tanpa bayaran pendahuluan menerusi Digi PhoneFreedom 365 dan menikmati lebih penjimatan untuk iPhone 13.

Lebih penjimatan untuk produk Fibre

· Pelanggan baharu akan menikmati rebat1 RM240 untuk semua pendaftaran baharu bagi pelan Digi Fiber 1902 dan ke atas.

· Pelanggan Digi Postpaid juga layak mendapat penjimatan sehingga RM60/bulan apabila digunakan bersama pelan Digi Fibre yang layak.

Lebih tawaran untuk pelanggan prabayar

Sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-65, Digi memberi ganjaran kepada pelanggan prabayar dengan menyediakan lebih tawaran:

· Pelanggan baharu yang mendaftar untuk Prepaid NEXT 35, NEXT 45 serta pelan Raja Kombo 35 dan 45 akan menikmati kuota 65GB video berkelajuan tinggi secara PERCUMA. Sah selama 30 hari, pelanggan baharu boleh menstrim video di Netflix, Viu, Astro GO dan YouTube sepuas hati tanpa perlu risau tentang kuota Internet mereka.

· Pelanggan Digi Prepaid semasa akan mendapat 130GB penstriman berkelajuan tinggi secara PERCUMA dengan sebarang pembelian pelan Internet 30 hari melalui MyDigi Box of Surprise mereka.

· Atas permintaan ramai, tawaran Unlimited Video Pass Digi kini telah dilanjutkan untuk semua pelanggan Digi Prepaid. Daripada serendah RM5, pelanggan boleh menikmati penstriman video tanpa had di Netflix, YouTube, Astro GO, Viu, Dailymotion atau Unifi PlayTV. Pas video tanpa had tersebut sah selama tiga hari dan menawarkan penstriman tanpa had serta tanpa had kelajuan. Pelanggan juga akan menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus dengan setiap pembelian pas.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan berkata kempen Juara Internet Malaysiaku menyediakan tawaran dan promosi untuk membantu rakyat Malaysia meraikan bulan patriotik dengan penuh semangat. “Dalam pada rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian yang harmoni sesama kita pada bulan ini, Digi berharap dapat membawakan pelbagai tawaran dengan nilai hebat buat pelanggan supaya mereka dapat terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan dalam talian. Pada masa yang sama, atas semangat perpaduan dan kebersamaan, kami juga mengambil peluang ini untuk menzahirkan penghargaan buat semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap Digi.”

Mulai 1 Ogos 2022, pelanggan boleh mendaftar untuk menikmati tawaran menarik3 ini dengan melayari laman web Digi atau mengunjungi Digi Store terdekat, Digi Store Express atau mana-mana pengedar sah Digi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Juara Internet Malaysiaku Digi, sila layari https://www.digi.my/malaysiaku.