Digi lancar pertandingan ‘Colouring Malaysiaku’ sempena bulan patriotik

Home
Press Release
August 30, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

SUBANG JAYA, 30 Ogos 2022 – Sempena bulan patriotik ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah melancarkan satu pertandingan mewarna “Colouring Malaysiaku”. Terbuka kepada anak-anak pelanggan Digi yang berumur 6 hingga 12 tahun, pertandingan ini akan bermula dari hari ini sehingga 30 September 2022.

“Colouring Malaysiaku” menawarkan hadiah dalam bentuk percutian untuk seisi keluarga1. Pemenang utama bakal memenangi penginapan 3 hari 2 malam ke LEGOLAND Hotel, serta Pas Tahunan untuk Taman Tema, Taman Air dan SEA LIFE di LEGOLAND Malaysia. Pemenang saguhati pula akan memenangi Pas Tahunan Tanpa Had ke LEGOLAND Malaysia untuk 4 orang.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan, berkata, “Digi sentiasa percaya akan kepentingan mewujudkan hubungan yang bermakna untuk pelanggan kami. Seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, #KeluargaMalaysiaTeguhBersama, pertandingan Colouring Malaysia memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, dan pada masa yang sama berpeluang memenangi percutian yang menarik untuk keluarga mereka.”

Untuk menyertai pertandingan ini, pelanggan Digi hanya perlu:

· Layari laman web ‘Colouring Malaysiaku’ dan memuat turun templat lukisan. Di samping mewarna, para peserta boleh menambahbaik penyertaan dengan menambah lakaran lukisan mereka sendiri ke dalam templat tersebut mengikut kreativiti tersendiri.

· Penyertaan yang lengkap perlu dimuat naik ke laman web ‘Colouring Malaysiaku'. Setiap peserta akan diberi satu pautan khas untuk mereka kongsikan di media sosial untuk mengutip undian dari keluarga dan rakan-rakan.

· 1 pemenang utama dan 2 pemenang saguhati akan dipilih oleh pihak Digi berdasarkan kreativiti, usaha dan nilai estetik manakala 2 lagi pemenang saguhati tambahan akan dipilih berdasarkan undian tertinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari https://digi.my/colourmsiaku