Digi lancar Internet Freedom serba baharu, pelan perhubungan menyeluruh untuk rumah dan di mana jua

Home
Press Release
July 5, 2020
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Nikmati internet fiber pantas tanpa had
  • Dapatkan penjimatan sehingga 20% untuk talian pascabayar anda
  • Akses percuma bagi hiburan bertaraf dunia Amazon Prime Video selama 6 bulan

SUBANG JAYA, 6 JULAI 2020 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini melancarkan Digi Internet Freedom, rangkaian pelan baharu yang memberikan pengalaman perhubungan menyeluruh kepada pelanggan menerusi internet fiber di rumah dan rangkaian 4G LTE Digi di mana jua, dengan talian pascabayar

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat berkata, “Kami maklum akan situasi sekarang di mana pelanggan mencari produk yang memberi nilai tambah kepada gaya hidup mereka dan dapat memastikan mereka sentiasa terhubung. Selaras dengan keperluan tersebut, kami telah menyediakan tawaran perhubungan menyeluruh yang memberikan pelanggan penjimatan hebat untuk internet fiber dan pelan pascabayar sambil menikmati perkhidmatan digital percuma demi memastikan kelangsungan gaya hidup digital mereka. Kami yakin Digi Internet Freedom dapat memenuhi kemampuan dan keperluan berhubung pelanggan pada masa kini, baik di rumah mahupun di mana jua.”

Pelan perhubungan menyeluruh untuk memenuhi keperluan Internet pelanggan

Terdapat tiga (3) pelan di bawah Digi Internet Freedom serba baharu ini, yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih mana-mana pelan bersesuaian dengan keperluan penggunaan internet mereka:

  • Digi Internet Freedom 130: Dengan kelajuan sehingga 100Mbps, pelan ini sesuai untuk isi rumah kecil atau penggunaan internet yang ringan seperti bermain permainan dalam talian dengan kekerapan sederhana dan penstriman video definisi tinggi (HD). Pelan ini boleh dinikmati pada harga RM130 sebulan.
  • Digi Internet Freedom 190: Dengan kelajuan sehingga 500Mbps, pelan ini sesuai untuk isi rumah sederhana dan dikongsi oleh beberapa pengguna. Pilihan terbaik untuk bermain permainan konsol dengan beberapa pemain dan menikmati penstriman video HD atau 4K tanpa perlu risau akan penggunaan data. Pelan ini berharga RM190 sebulan.
  • Digi Internet Freedom 290: Dengan kelajuan sehingga 1Gbps, pelan ini juga sesuai untuk isi rumah sederhana dengan beberapa pengguna dan memberi kelajuan pantas yang konsisten walaupun digunakan oleh lebih 10 peranti secara serentak. Pelan ini boleh dinikmati pada harga RM290 sebulan.

Penjimatan hebat dan manfaat hiburan untuk semua

Pelanggan yang mendaftar dengan Digi Internet Freedom 190 atau 290 akan menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak 20% untuk yuran komitmen pelan pascabayar utama mereka (butirannya terdapat dalam jadual di bawah). Pelanggan Digi Internet Freedom dapat menikmati penjimatan pascabayar tersebut dengan serta merta sebaik sahaja pendaftaran yang dilakukan berjaya.

Bukan itu sahaja, dengan pelan Digi Internet Freedom serba baharu ini, pelanggan juga akan menikmati langganan Amazon Prime selama 6 bulan di Digi bernilai RM162, yang memberi mereka akses ke beribu filem popular, rancangan televisyen yang hit dan Amazon Originals seperti The Marvelous Mrs. Maisel, Fleabag, Homecoming serta banyak lagi. Amazon Prime Video boleh ditonton melalui aplikasi Amazon Prime Video di televisyen pintar terpilih, peranti mudah alih, tablet atau secara dalam talian di PrimeVideo.com. Setelah tempoh percuma selama 6 bulan tamat, pelanggan boleh memperbaharui langganan Amazon Prime Video dengan harga RM27 sebulan melalui EasyAdd by Digi.

Pelanggan juga akan menerima satu bil sahaja yang merangkumi semua langganan Digi mereka untuk memudahkan pengurusan bil dengan hanya satu sentuhan butang melalui aplikasi MyDigi, dan pada masa yang sama mereka turut memperoleh pelbagai ganjaran tambahan.

Kepelbagaian manfaat ini menjadikan Digi Internet Freedom sebagai salah satu pelan gabungan internet fiber dan pascabayar dengan nilai terbaik yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Digi Internet Freedom serba baharu: Perhubungan menyeluruh di rumah dan di mana jua untuk semua ahli keluarga Yuran Bulanan (RM) 130 190 290 Kelajuan Internet 100Mbps 500Mbps 1Gbps Kuota Internet (GB) Data Tanpa Had Padankan dengan Digi Postpaid 80 atau ke atas untuk lebih manfaat Lebih Talian Pascabayar, Lebih Penjimatan* Tidak Berkaitan 1 talian pascabayar: Jimat 5%
2 talian pascabayar: Jimat 10%
3 talian pascabayar dan ke atas: Jimat 20%(*diskaun adalah bagi talian utama dengan komitmen minimum RM80 sebulan) Hiburan Termasuk langganan Amazon Prime Video selama 6 bulan

 

Digi Internet Freedom boleh dinikmati oleh pelanggan yang menetap di kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah. Pelan langganan 24-bulan akan mendapat pemasangan standard percuma dan penghala (router) percuma. Pelanggan yang berminat dinasihatkan untuk menyemak sama ada mereka berada di kawasan liputan melalui laman web Digi Internet Freedom DISINI.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar dengan Digi Internet Freedom serba baharu, kunjungi Digi Store terpilih.