Digi dan Selangor FC lancar kempen Bangkit Bersama Red Giants

Home
Press Release
July 28, 2022
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Peminat boleh menikmati tawaran eksklusif termasuk pertandingan menarik, serta lagu tema yang diberikan nafas baharu

SUBANG JAYA, 28 Julai 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) terus bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) dalam musim 2022 menerusi kempen Bangkit Bersama Red Giants. Inisiatif ini bertujuan mewujudkan peluang bagi peminat Red Giant untuk bangkit bersama pemain kegemaran mereka dalam meraih kejayaan.

Untuk membangkitkan semangat berpasukan peminat, terdapat juga beberapa siri aktiviti interaktif dan tawaran hadiah menarik dalam musim 2022 ini. Antara inisiatif yang peminat bakal nikmati adalah lagu Merah Kuning yang telah diperbaharui, pertandingan Digi Sokong dan Menang serta Skor Bersama Digi.

Nafas Baharu buat Lagu Ikonik

Mula diperkenalkan pada 32 tahun yang lalu, lagu Merah Kuning diberikan nafas baharu dan diiringi video muzik yang dapat mencetus semangat dalam setiap peminat bola sepak negeri Selangor. Video tersebut mengimbau sejarah perjalanan kelab, paparan memori zaman kegemilangan Selangor FC serta imbasan barisan peminat tegar dahulu dan sekarang. Peminat boleh menonton video tersebut di laman web baru Red Giants serta di YouTube.

Sokong dan Menang Bersama Digi

Menang, kalah atau seri - peminat setia tetap kekal utuh di belakang pasukan mereka selamanya, dan Digi ingin memberi ganjaran atas kesetiaan mereka! Pelanggan Digi hanya perlu menghantar SMS ‘SOKONGSFC’ ke 68886 pada hari perlawanan di tempat sendiri dan akan mendapat hadiah misteri setiap kali pasukan Selangor beraksi pada perlawanan Liga Super Malaysia.

Skor Bersama Digi

Dengan hanya membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 di gerai Selangor FC, peminat berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada tiga peminat bertuah yang akan dijemput ke padang pada masa rehat separuh masa permainan. Peminat ini akan diberikan dua peluang untuk menjaringkan gol. Peserta yang berjaya menjaringkan gol akan memenangi iPhone 13 yang baharu. Pelanggan Digi pula akan mendapat satu peluang tambahan,  meningkatkan peluang mereka untuk menjadi pemenang.

Menghimpunkan rakyat Malaysia melalui sukan yang menyatukan semua

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, “Sejak beberapa tahun lalu, kami telah menjalinkan kerjasama dengan Digi bagi membawa peminat meraikan perjalanan suka dan duka kelab bersama-sama pasukan. Seronok rasanya dapat merealisasikan idea serta aktiviti yang memberi alternatif baharu kepada peminat untuk terus  menyokong pasukan kesayangan mereka, selain berasa lebih dekat dengan permainan hebat yang berlangsung.”

Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Praveen Rajan, berkata, “Bola sepak adalah sukan yang boleh menyatukan pelbagai lapisan masyarakat. Tidak kira dimana penyokong Red Giants dan pengguna Digi berada, di Stadium mahupun menerusi talian, mereka kini boleh memberikan sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka untuk sama-sama bangkit dan meraih kejayaan yang lebih besar.”

Dari 31 Julai hingga 15 Oktober 2022, peminat Red Giants dapat memberikan sokongan kepada pasukan mereka melalui laman web Digi dan Selangor FC, www.digi.com.my/sfc. Para peminat boleh mendapat butiran mengenai projek lagu Merah Kuning, Digi Sokong dan Menang, Skor Bersama Digi dari laman web ini, serta mengikuti perkembangan terkini setiap perlawanan pasukan Red Giants samada di tempat sendiri dan di tempat lawan.