Digi bersedia untuk menamatkan rangkaian 3G mengikut wilayah 

Home
Press Release
November 24, 2021
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • Pengguna peranti 3G dinasihatkan beralih ke peranti 4G secepat mungkin 
  • Pengguna 4G diingatkan untuk mengaktifkan fungsi Voice over LTE (VoLTE)
  • Proses penambahbaikan rangkaian akan memberi sambungan 4G yang konsisten di kawasan berpenduduk di seluruh negara


SUBANG JAYA, 24 November 2021 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) memberi peringatan kepada pengguna peranti 3G untuk beralih ke peranti 4G dengan fungsi  Voice over LTE (VoLTE), dan meminta pengguna 4G sedia ada untuk mengaktifkan fungsi VoLTE pada peranti mereka menjelang penamatan rangkaian 3G yang telah dijadualkan.


Digi akan mula menamatkan rangkaian 3G secara berperingkat mengikut wilayah, berdasarkan jadual berikut:



Penamatan 3G di seluruh negara merupakan sebahagian daripada inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang bermatlamat untuk menaik taraf infrastruktur digital Malaysia dan menawarkan sambungan digital yang lancar untuksemua. Penamatan ini akan membolehkan spektrum 3G diguna pakai untuk menambah baik prestasi rangkaian 4G LTE, justeru membekalkan kualiti internet yang lebih baik bagi semua pengguna. 


4G LTE menawarkan stabiliti dan kelajuan yang semakin penting keperluannya  dengan lebih banyak aktiviti harian dilakukan dalam talian, khususnya sejak pandemik mula mengekang pergerakan orang ramai. 


“Keutamaan kami adalah untuk menjamin perkhidmatan rangkaian 4G beroperasi pada tahap ketersediaan dan konsistensi yang tinggi. Bagi melakukannya dengan efektif, kita perlu menamatkan perkhidmatan rangkaian 3G, sekali gus memberi ruang spektrum dan menyalurkan sumber-sumber penting ke arah peningkatan kapasiti rangkaian 4G bagi menampung kadar penggunaan yang lebih tinggi,” ujar Kesavan Sivabalan, Ketua Pegawai Teknologi Digi.


“Kami akan terus melabur mengikut keperluan, dan kami sedang memastikan keadaan tapak rangkaian kami dijaga, di samping menaik taraf kapasiti dan liputan bagi membekalkan perkhidmatan rangkaian dan sambungan yang terbaik,” tambah beliau. 


Periksa peranti dan kad SIM anda

Para pelanggan Digi boleh memeriksa sama ada telefon bimbit mereka mempunyai keupayaan 4G dengan menghantar SMS “4G” ke 28282 atau dengan memeriksa senarai peranti berkeupayaan VoLTE. Semua peranti berkeupayaan VoLTE akan memaparkan ikon 4G apabila panggilan telefon dibuat. Pengguna boleh mengaktifkan VoLTE dengan mudah mengikut tetapan peranti masing-masing untuk menikmati kualiti panggilan suara yang lebih jelas menerusi rangkaian 4G.


Pengguna juga boleh menghantar SMS “LTE” ke 20000 untuk mengetahui sama ada kad SIM mereka adalah 4G. Permintaan untuk menggantikan SIM bagi tujuan menaik taraf ke SIM 4G boleh dibuat di Digi Store atau Digi Kiosk berhampiran anda jika perlu.


Tawaran mampu milik untuk membantu peralihan ke peranti 4G

Untuk memudahkan peralihan ke 4G, Digi menawarkan pelbagai telefon pintar 4G dengan fungsi VoLTE pada harga yang berpatutan menerusi tawaran Pakej PowerJimat, di samping peranti-peranti yang terpilih di bawah Pakej Peranti Keluarga Malaysia


Untuk maklumat lanjut mengenai penamatan rangkaian 3G milik Digi, sila layari https://www.digi.com.my/network/upgrade-to-4g


-TAMAT-