î§
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
Meraikan tahun baharu dengan pengalaman yang lebih baik dan tawaran yang lebih menarik, daripada telefon pintar percuma ke Internet yang lebih pantas serta lebih penjimatan.
SUBANG JAYA, 1 ​​Disember 2022 – Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) kembali dengan Juara Internet 2023, membolehkan pelanggan memulakan tahun baharu dengan tawaran nilai yang lebih baik. Kempen Juara Internet 2023 menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti iPad percuma dan telefon pintar 5G, tambahan Internet berkelajuan tinggi dan lebih banyak penjimatan merangkumi rangkaian produk Prepaid, Postpaid and Fibre Digi termasuklah peranti.
Mulai hari ini hingga 14 Februari 2023, pelanggan Digi baharu dan sedia ada boleh menikmati tawaran menarik berikut:
Naik taraf kepada peranti terkini dengan Digi Postpaid Family Unlimited dan Pakej PowerJimat
Pelanggan boleh memilih peranti percuma daripada seleksi pilihan yang lebih luas dengan pelan Pakej PowerJimat dan Family Unlimited.
- iPad percuma (Generasi ke-9, WiFi, 64GB, harga runcit yang disyorkan (RRP): RM1499) apabila pelanggan mendaftar untuk pelan Digi Postpaid Family Unlimited, kini hadir dengan pilihan untuk naik taraf percuma ke akses 5G, dengan kontrak 24 bulan. Tawaran iPad percuma sah untuk pembelian di kedai sahaja.
- Percuma Samsung Galaxy A04 (RRP: RM559), Redmi 10A (RRP: RM569), vivo Y16 (RRP: RM599), vivo Y02s (RRP: RM499), Honor X6 (RRP:RM599), Oppo A17 (RRP:RM599) dan Oppo A17k (RRP:RM499) dengan Digi Postpaid 60 dibawah Pakej PowerJimat.
- Percuma Samsung Galaxy A13 (RRP: RM799) atau bertukar ke 5G dengan HONOR X8 5G (RRP:RM999) apabila pelanggan mendaftar untuk Digi Postpaid 90 dibawah Pakej Power Jimat.
- Pelanggan Digi Postpaid juga boleh mendapatkan baucar GadgetFreedom Plus RM200 di aplikasi MyDigi untuk membeli telefon pintar dan aksesori terkini.
Tanpa terhad dan banyak lagi dengan lebih penjimatan!
Dengan tawaran Internet tanpa had, pelanggan Digi boleh melayari, menstrim dan bermain permainan tanpa perlu risau kehabisan kuota Internet.
- Digi Postpaid Infinite dengan Internet dan panggilan tanpa had kini boleh dinikmati dari RM55 sebulan. Tawaran ini terpakai untuk pendaftaran di kedai dan terhad kepada 5,000 pelanggan pertama sahaja. Â
- Unlimited Gaming kini boleh didapati dibawah Freedom Add-On buat pelanggan Digi Postpaid 60 dan ke atas untuk pengalaman bermain permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile dan Call of Duty Mobile. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk memilih Sosial Tanpa Had atau Penstriman Tanpa Had, atau Perayauan Bulanan percuma dengan Freedom Add-Ons.
- NEXT Unlimited 40 membawakan lebih nilai untuk pelanggan Prepaid dengan Internet dan panggilan tanpa had pada hanya RM40 sebulan. Dapatkan 10GB hotspot tambahan setiap bulan apabila mendaftar untuk pelan pembaharuan automatik. Boleh didapati di Digi Store, Digi Store Online, MyDigi dan kiosk layan diri Digi.
- Pas World Roaming adalah pas perayauan pelbagai negara selama 30 hari yang menyediakan 30GB Internet berkelajuan tinggi  dan panggilan suara selama 30 minit meliputi 69 negara1 termasuklah Australia, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Turki dan Arab Saudi. Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan Prepaid and Postpaid dengan hanya RM95.
Hiburan tanpa henti dengan Unlimited Video Pass
Pelanggan boleh tonton lewah program kegemaran mereka dengan pas Unlimited Video Digi.
- Tawaran pas Unlimited Video yang popular kini dilanjutkan dan tersedia untuk pelanggan Prepaid dan Postpaid pada hanya RM5 untuk tempoh sah 3 hari. Pelanggan boleh menikmati penstriman tanpa gangguan perlawanan bola sepak atau siri K-drama di Netflix, YouTube, YouTube Kids, YouTube Gaming, Astro GO, DailyMotion dan Viu.
- Pelanggan juga boleh menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus untuk maksimum tiga pembelian pas video.
Lebih nilai pada Digi Postpaid dengan tambahan Internet berkelajuan tinggi, tersedia dalam 5G2
Nikmati kuota dan rebat tambahan setiap bulan apabila anda mendaftar untuk pelan Digi Postpaid yang layak.
- Pelanggan yang mendaftar untuk Digi Postpaid 40, 60 dan 90 kini boleh menikmati tambahan 10GB Internet  selama 12 bulan.
- Pelanggan yang menggunakan Digi Postpaid 120, 150 dan PhoneFreedom 365 boleh mendapat 50 peratus tambahan kuota Internet.
- Pelanggan yang mendaftar untuk Digi Postpaid 90, 120 dan 150 juga boleh mendapat tambahan rebat bulanan RM15 selama 12 bulan
Home Fibre yang ultra-pantas dan tanpa had untuk seisi keluarga
Kini, lebih banyak isi rumah di Malaysia boleh menikmati sambungan ultra-pantas dan stabil dengan pelan fibre tanpa had pada harga yang murah.
- Pelanggan boleh menikmati rebat bulanan hingga RM60 selama 24 bulan dengan mendaftar untuk pelan Digi Fiber 500Mbps dan ke atas apabila digandingkan bersama pelan Digi Postpaid 90 yang baharu atau sedia ada dan ke atas.
- Bagi isi rumah yang lebih kecil, pelanggan Digi Postpaid 60 sedia ada dan baharu boleh menikmati 100Mbps Digi Fiber dengan hanya RM100 sebulan (Harga asal: RM130) dengan penjimatan hingga RM30 sebulan.
Melalui kempen Juara Internet 2023, Digi berusaha untuk membawakan tawaran terbaik kepada pelanggan, memberikan mereka pengalaman yang lebih baik menerusi sambungan Internet yang lebih pantas dan tanpa gangguan sebagai tanda permulaan baharu.
Pelanggan boleh mendaftar untuk tawaran Juara Internet 2023 yang menarik ini dengan melayari Digi Store Online atau berkunjung ke mana-mana Digi Store, Digi Store Express atau penjual Digi yang sah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://digi.my/juara2023 Â