Dapatkan tawaran sambungan fiber Digi berkelajuan tinggi 300Mbps serendah RM100 sebulan

Home

Press Release


June 24, 2021

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Promosi istimewa untuk semua pelanggan dilanjutkan hingga 31 Julai 2021 bagi menyokong rutin norma baharu dalam bekerja, belajar dan berhibur di rumah

SUBANG JAYA, 25 Jun 2021 - Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan lebih ramai isi rumah di Malaysia kekal berhubung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh ini, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah melanjutkan promosi Digi Fibre 150 (DF150) sehingga 31 Julai 2021.

DF150 menawarkan pelanggan nilai penjimatan yang hebat dengan data tanpa had bersama kelajuan tinggi 300Mbps serendah RM1001 sebulan apabila digabungkan dengan pelan Digi Postpaid yang layak. Promosi masa terhad ini juga memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menggabungkan akaun Postpaid dan Fibre di dalam satu bil bagi memudahkan pengurusan komitmen dan bayaran bulanan mereka.

DF150 adalah pilihan yang ideal buat isi rumah sederhana (empat orang ahli keluarga) untuk memenuhi keperluan bekerja, belajar dan berhibur dari rumah. Dengan kelajuan yang konsisten dan sangat pantas, seluruh isi rumah dapat menikmati pengalaman internet yang lancar tanpa perlu risau tentang kualiti sambungan ketika mereka bekerja secara maya mahupun ketika anak-anak menghadiri kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang adakalanya berlangsung serentak.

Bayaran pendaftaran terendah untuk penjimatan dan nilai yang lebih baik
Sepanjang tahun lalu, penggunaan sambungan fiber di rumah telah meningkat secara mendadak ekoran daripada pandemik Covid-19. Mengambil maklum akan keperluan pelanggan, Digi telah memperkenalkan pelbagai tawaran dengan harga mampu milik.

Pelanggan Digi Postpaid dapat menikmati bayaran pendaftaran terendah untuk pelan Digi Fibre serta rebat antara RM15 hingga RM30 sebulan apabila mereka memilih untuk menggabungkannya dengan pelan Postpaid yang layak. Dengan promosi DF150, pelanggan dapat meningkatkan penjimatan sehingga RM50 sebulan.

Seiring dengan komitment untuk memastikan pelanggan sentiasa terhubung dengan apa yang bermakna kepada mereka, Digi mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan untuk semua segmen termasuk pascabayar, prabayar, fiber serta perkhidmatan digital yang dapat memenuhi keperluan para pelanggan yang berbeza di samping memberi mereka penjimatan tambahan.

Pelanggan yang berminat boleh mendaftar Digi Fibre 1502 melalui Digi Store Online. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.digi.com.my/shop/broadband/fibre.