Dapatkan kredit PERCUMA sebanyak 10% dengan menambah nilai dalam talian, dan GANJARAN LEBIH TINGGI menanti penuntut program eBelia

Home
ī¤„
Press Release
ī¤„
ī„§
June 8, 2021
ī§ 
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Kredit bernilai RM100,000 bakal dimenangi sepanjang tempoh kempen eBelia

SUBANG JAYA, 8 JUN 2021 ā€“ Mulai hari ini sehingga 31 Julai 2021, pelanggan prabayar Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) bakal menikmati kredit PERCUMA sehingga 10% setiap kali mereka menambah nilai melalui Digi Store Online atau aplikasi MyDigi. Bukan itu sahaja, selari dengan program eBelia yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan, penuntut eBelia yang menambah nilai minimum RM30 melalui kedua-dua platform digital ini dan membuat bayaran menggunakan rakan e-Dompet Digi, Boost dan Touch ā€˜n Go eWallet, juga berpeluang untuk memenangi kredit tambahan bernilai RM50 menerusi kempen ā€œeBelia Reload & Winā€ oleh Digi.

Cara penyertaan:
Langkah 1: Layari aplikasi MyDigi atau Digi Online Store.

Langkah 2: Pilih jumlah tambah nilai yang diinginkan, isi nombor telefon dan alamat e-mel. Kemudian klik ā€˜Reloadā€™ untuk menikmati kredit PERCUMA sehingga 10%.
(bagi penuntut eBelia: Tambah nilai RM30 dan ke atas untuk berpeluang memenangi kredit tambahan sebanyak RM50)

Langkah 3: Buat bayaran dengan rakan e-Dompet Digi, Boost atau Touch ā€˜n Go eWallet (harus dibuat di platform yang sama untuk menuntut kredit eBelia).

Kempen Digi eBelia Reload & Win akan berlangsung selama dua bulan dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021. Seramai 1,000 pemenang dari setiap platform e-Dompet akan dipilih. Pemenang akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada tarikh 24 Ogos 2021 melalui SMS, kemudian kredit bernilai RM50 akan dihadiahkan ke dalam akaun Digi Prabayar masing-masing selewat-lewatnya pada tarikh 30 Ogos 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen eBelia Reload & Win, sila layari http://digi.my/eBelia.