CelcomDigi lancar pelan tanpa had baharu untuk Xpax Postpaid, 5G Booster percuma untuk Digi Prepaid dan pelbagai tawaran menarik sempena meraikan Ramadan dan Raya

Home

Press Release


March 16, 2023

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

PETALING JAYA, 16 Mac 2023 - CelcomDigi Berhad hari ini memperkenalkan pelan tanpa had yang baharu buat pengguna Xpax Postpaid, percubaan percuma 5G Booster untuk pengguna Digi Prepaid dan pelancaran kempen terkini sempena musim perayaan Ramadan dan Raya.

Bermula hari ini, 16 Mac hingga 15 Mei 2023, semua pelanggan baharu dan sedia ada CelcomDigi boleh menikmati seleksi tawaran yang sungguh berbaloi untuk pelan pascabayar dan prabayar, serta pelbagai peranti menarik yang menawarkan telefon pintar 5G dan iPad percuma.

Pelan Xpax Postpaid Unlimited 75 serba baharu

Demi memenuhi permintaan sambungan oleh pelanggannya, CelcomDigi membawakan Xpax Postpaid Unlimited 75 serba baharu. Hanya untuk masa terhad, pelan baharu ini menampilkan Internet tanpa had dengan kelajuan 10Mbps dan Internet hotspot bulanan 10GB percuma dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Pelanggan yang mendaftar untuk Xpax Postpaid Unlimited 75 dengan kontrak 12 bulan akan turut menikmati rebat RM10 dengan hanya RM65 sebulan selama 12 bulan1.

Pelanggan yang berminat untuk mendaftar pelan Xpax Postpaid Unlimited 75 serba baharu ini boleh mengunjungi bluecube, Digi Store atau mana-mana pengedar sah yang terdekat.

5G Booster kini tersedia buat pengguna Digi Prepaid untuk percubaan percuma

Mulai hari ini, pengguna Digi Prepaid yang layak boleh mengakses perkhidmatan 5G secara percuma (Harga Biasa: RM10 sebulan) jika mereka memilih 5G Booster. Percubaan percuma ini boleh dinikmati oleh pengguna Digi Prepaid NEXT yang menggunakan pelan Internet bulanan dari 16 Mac 2023 hingga 30 April 2023. Pengguna Digi Postpaid2 juga berpeluang menikmati tawaran pengenalan percuma ini hingga 30 April 2023.

Tawaran istimewa buat semua pengguna Celcom dan Digi untuk kekal berhubung dengan mudah pada Ramadan akan datang

Sahur Pass: Eksklusif sempena Ramadan, pengguna pascabayar dan prabayar Celcom serta Digi boleh menikmati kuota Internet berkelajuan tinggi sebanyak 444GB pada hanya RM7. Pas ini sah selama tujuh hari dan terpakai untuk penggunaan internet antara 3.00 pagi hingga 7.00 pagi. Pas boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi.

HD Video Pass: Semua pelanggan CelcomDigi kini boleh membuat penstriman pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan HD Video Pass. Dengan kuota Internet 555GB untuk penggunaan penstriman sepanjang hari, pengguna pascabayar dan prabayar Celcom dan Digi boleh menonton rancangan kegemaran mereka di Netflix, YouTube, AstroGo, Viu dan iQiYi. Pas video ini boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi Celcom Life dan MyDigi pada hanya RM5 dengan tempoh sah tiga hari.

Lebih banyak telefon pintar 5G percuma: Pelanggan baharu dan sedia ada boleh memiliki Samsung Galaxy A14 5G secara percuma apabila mereka mendaftar dengan Celcom MEGA 98 atau Pakej PowerJimat dengan Digi Postpaid 903. Samsung Galaxy A14 5G baharu ini merupakan sebahagian daripada seleksi telefon pintar 5G percuma yang ditawarkan, disamping Oppo A78 5G, Redmi 10 5G, Honor X8 5G (eksklusif untuk pengguna Digi) dan Honor X9a 5G (eksklusif untuk pengguna Celcom).

Lebih tawaran untuk menghubungkan semua ahli keluarga

PERCUMA satu bulan pelan Celcom MEGA Family dengan Internet Tanpa Had: Pelanggan baharu yang mendaftar untuk pelan Celcom MEGA80 Family akan menikmati pelan tersebut secara percuma selama satu bulan. Dengan hanya RM40 sebulan, pelanggan boleh memilih di antara pelan Unlimited dengan Internet untuk semua penggunaan pada kelajuan 6Mbps atau pelan Lightning dengan Internet berkelajuan tinggi 30GB serta akses 5G percuma, dan panggilan tanpa had semasa pendaftaran.

Panggilan terakhir untuk iPad percuma dengan Digi Postpaid Family Unlimited: Untuk masa terhad4, pelanggan yang mendaftar atau bertukar ke Digi Postpaid Family Unlimited masih boleh menikmati tawaran iPad percuma (generasi ke-9, WiFi, 64GB, RRP: RM1599). Hanya RM200 sebulan, pelan Digi Family Unlimited ini didatangkan dengan tiga talian mudah alih dilengkapi Internet 5G/4G tanpa had dan tanpa had kelajuan, panggilan tanpa had serta 5G Booster percuma.

Lebih tawaran hebat buat pelanggan untuk bertukar ke CelcomDigi

Dapatkan kuota dan rebat tambahan: Pelanggan yang menggunakan pelan Digi Postpaid5 yang layak akan terus menikmati kuota Internet tambahan hingga 50 peratus. Selain itu, mereka yang mendaftar untuk Digi Postpaid 90 dan ke atas dalam tempoh ini juga boleh menikmati rebat tambahan RM15 selama 12 bulan.

Nikmati sosial, penstriman dan permainan tanpa had: Pelanggan yang menggunakan pelan Digi Postpaid 60 dan ke atas akan terus menikmati penstriman, permainan dan sosial berkelajuan tinggi tanpa had tanpa kos tambahan melalui Freedom Add-Ons, dengan kontrak 12 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, sila layari https://www.celcom.com.my/promotions  atau https://digi.my/rr2023 Â