CelcomDigi jalin kerjasama dengan ZTE di dalam Rumusan Canggih untuk Perkilangan dan Penggudangan Pintar

Home
Press Release
February 29, 2024
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

PETALING JAYA, 29 Februari 2024 – CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia dan ZTE Malaysia Corporation Sdn Bhd (ZTE), peneraju global di dalam teknologi telekomunikasi dan maklumat, mengumumkan kerjasama strategik untuk melaksanakan transformasi sektor perkilangan dan penggudangan Malaysia dengan teknologi pintar dan solusi inovasi dikuasakan 5G.

Menerusi kolaborasi ini, Pusat Inovasi CelcomDigi akan memfaatkan solusi canggih ZTE seperti teknologi Digital Twin ZTE, Natural Navigated 5G Automated Guided Vehicle (AGV) dan Smart Helmet, di dalam sektor perkilangan dan penggudangan pintar serta memacu penggunaan solusi 5G di seluruh industri perkilangan dan penggudangan di Malaysia.

Kedua-dua pihak akan mengguna teknologi Digital Twin ZTE yang boleh menyampaikan pengautomasian kilang, kawalan masa sebenar tugasan mesin, dan papan pemuka data bagi mempercepatkan perusahaan menerima maklumat dan melaksanakan transformasi IR4.0, ke arah merealisasikan konsep kilang “lights-out”. ZTE juga akan memperkenalkan Natural Navigated 5G AGV, yang seumpamanya pertama di dunia yang disepadukan dengan modul 5G, bagi merangsang produktiviti dan logistik. Di samping itu, Smart Helmet ZTE juga dilengkapi dengan ciri-ciri mengesan keselamatan berganda seperti pemantauan tanda penting, kedudukan GPS untuk respons kecemasan dan pemberitahuan penggera keselamatan.

Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani oleh Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi dan Steven Ge, Pengarah Urusan ZTE Malaysia, serta disaksikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din, di Mobile World Congress 2024 di Barcelona, Spain.  

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Datuk Idham Nawawi berkata, “Kerjasama kami dengan ZTE membolehkan kami mempercepatkan pelaksanaan digital masa sebenar – kali ini untuk industri perkilangan dan penggudangan negara yang dilengkapi solusi 5G yang paling canggih, membukakan potensi sebenar industri dengan operasi cekap dan mampan. Kami mengalu-alukan kerjasama dengan ZTE untuk memacu penggunaan solusi 5G di seluruh industri Malaysia dan merangsang manfaat teknologi 5G di dalam ekonomi digital.”

Steven Ge berkata, "Pakatan strategik denganCelcomDigi merupakan tahap pencapaian besar di dalam misi ZTE untuk memacu inovasi dan kecemerlangan. Aspirasi CelcomDigi untuk memacu guna pakai rumusan 5G di seluruh industri, adalah seiring dengan komitmen dan azam kami untuk memajukan teknologi. Kami juga percaya kepada potensi Malaysia untuk menjadi teraju di dalam era digital. Dengan memperkenalkan rumusan-rumusan transformatif ini, kita bersedia untuk merevolusikan industri, meningkatkan produktiviti dan menyemai era baharu pertumbuhan ekonomi digital.”