CelcomDigi hasilkan iklan Hari Malaysia dengan kerjasama rakyat Malaysia serta tawaran eksklusif 5G untuk sambutan Hari Malaysia yang ke-60

Home
Press Release
September 15, 2023
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

PETALING JAYA, 15 September 2023 – Sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-60, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dengan bangganya mempersembahkan iklan Hari Malaysia yang dihasilkan dengan kerjasama rakyat Malaysia, memaparkan budaya serta tradisi masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, CelcomDigi turut menawarkan promosi eksklusif untuk pelanggan menikmati pengalaman sambungan 5G pada rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia melalui tawaran peranti serta home Wi-Fi dengan  penjimatan lebih besar  

Iklan ini diilhamkan oleh semangat perpaduan dan tema Hari Kebangsaan tahun ini, "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", yang menghimpunkan rakyat Malaysia untuk mempamerkan rasa bangga dan cinta mereka kepada Malaysia melalui sekeping foto. CelcomDigi percaya akan kepentingan untuk mewujudkan hubungan yang bermakna bersama pelanggan dan telah menjemput rakyat Malaysia untuk sama-sama mengambil bahagian dengan berkongsi foto yang menggambarkan Malaysia yang mereka sayangi untuk menghasilkan iklan Hari Malaysia CelcomDigi. Sebanyak 250 keping foto telah dipilih daripada ratusan foto yang diterima untuk menghasilkan iklan tersebut.

Inisiatif ini juga sejajar dengan salah satu nilai teras CelcomDigi, Stronger Together, di mana syarikat percaya bahawa dalam perpaduan, adanya kekuatan – bekerjasama menuju ke arah matlamat yang sama, mencapai kejayaan di tahap yang lebih tinggi, mampu berinovasi dengan lebih pantas dan melayani pelanggan dengan lebih baik melalui penyelesaian 5G terbaik pada rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia.

'Program Peranti 5G Untuk Semua' yang Baru

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Malaysia dan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada telefon 5G, CelcomDigi telah memperkenalkan program peranti baharu, 'Program Peranti 5G Untuk Semua' untuk tempoh yang terhad.  Melalui Kedai Dalam Talian CelcomDigi, pengguna Celcom dan Digi kini boleh memilih dan membeli telefon 5G daripada 3 peringkat harga yang berbeza, membolehkan mereka menikmati pengalaman sambungan 5G dengan telefon yang sesuai dengan keperluan dan bajet.

Dengan pelan pembayaran mudah 0% dan tiada obligasi kontrak, pelanggan juga akan menikmati penjimatan eksklusif sehingga RM1,000 apabila mereka membeli telefon 5G di bawah program ini. 'Program Peranti 5G Untuk Semua' menawarkan pelbagai pilihan telefon 5G bermula dari hanya RM699.

5G Home Wi-Fi SIM-Only CelcomDigi

Mulai hari ini, pelanggan juga boleh mendapatkan pelan home WiFi rumah CelcomDigi 5G dengan hanya RM99 sebulan tanpa komitmen kontrak untuk tempoh yang terhad. Pelanggan dapat menikmati Internet 5G dan 4G dengan kelajuan tanpa had melalui rangkaian nombor satu Malaysia. Pelan ini amat sesuai untuk pelanggan yang tinggal di luar kawasan liputan fiber atau tiada port yang tersedia. Pelan ini juga boleh didapati melalui pakej peranti bersama router dual-band premium (bernilai RM1,899) dengan hanya RM149 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran eksklusif ini dan untuk menonton iklan Hari Malaysia CelcomDigi, sila layari https://cd.link/harimalaysia