CelcomDigi dan SES meterai MoU bagi meneroka perkhidmatan ketersambungan Satelit MEO di seluruh Malaysia

Home
Press Release
March 1, 2024
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Kedua-dua Syarikat bakal meneroka kaedah meraih manfaat satelit SES bagi memberikan perkhidmatan ketersambungan berprestasi tinggi kepada perniagaan dan komuniti di Malaysia

PETALING JAYA, 1 March 2024 - CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan SES, peneraju penyedia solusi kandungan ketersambungan satelit, hari ini memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama strategik untuk meneroka kaedah menyediakan ketersambungan satelit menggunakan satelit Medium-Earth-Orbit (MEO) dan Geosynchronous Equatorial Orbit (GEO) milik SES untuk perniagaan dan komuniti di Malaysia.

Di bawah MoU ini, CelcomDigi menerusi subsidiarinya, akan berkolaborasi dengan SES untuk meneroka pembangunan gerbang tempatan bagi perkhidmatan Komunikasi Sateliti (SatCom) di Malaysia. Kedua-dua SES dan CelcomDigi akan meneroka cara memanfaatkan sateliti GEO dan MEO milik SES dengan infrastruktur CelcomDigi, seperti rangkaian yang dikendalikan oleh Celcom Timur (Sabah) Sdn Bhd, untuk menyediakan perkhidmatan ketersambungan satelit bergred perusahaan dengan daya pengeluaran tinggi, kependaman rendah dan perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang komited.

SES memiliki dan mengendalikan 70 satelit, yang mana 26 daripadanya adalah sateliti MEO. Satelit MEO milik SES mengorbit 8,000 km di atas Bumi bagi menyediakan perkhidmatan ketersambungan maya berprestasi tinggi di mana-mana sahaja di dunia. CelcomDigi akan meneroka kaedah perkhidmatan ketersambungan seperti 4G, 5G, SDWAN dan Wi-Fi terurus boleh disampaikan menerusi teknologi satelit SES.

MoU tersebut ditandatangani oleh Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi dan Nadine Allen, Ketua Global Perusahaan & Awan SES, serta disaksikan oleh Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil di Kongres Mudah Alih Sedunia 2024 di Barcelona, Sepanyol.  

“Kolaborasi kami dengan SES, bermula dengan infrastruktur kami di Sabah, membuka lebih banyak kemungkinan untuk meningkatkan perkhidmatan ketersambungan 4G LTE dan 5G kami untuk perniagaan dan komuniti, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati peluang digital di dalam ekonomi digital hari ini. Kami kekal komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang boleh diharap dan pengalaman konsisten kepada para pelanggan dengan rangkaian kami yang terluas dan terpantas di seluruh negara, dan kami berbangga untuk menjadi rakan kongsi kepada peneraju penyedia rumusan kandungan ketersambungan satelit SES bagi menyampaikan teknologi ini di seluruh negara,” kata Datuk Idham Nawawi.  

Nadine Allen, Ketua Global Perusahaan & Awan SES, berkata: “Kami gembira menandatangani MoU ini dengan CelcomDigi bagi meneroka peluang-peluang bersama bagi ketersambungan berkelajuan tinggi dan akses kepada rangkaian boleh diharap menerusi capaian tiada tandingan dan terbukti teknologi MEO dan GEO kami ini. Di dalam era digital ini, ketersambungan adalah perkara paling terpenting, dan kami akan bekerjasama erat bagi menyambungkan perusahan dan komuniti di kawasan paling terpencil di Malaysia.”