CelcomDigi dan i-City bekerjasama untuk mengubah landskap kesalinghubugan Shah Alam

Home
Press Release
October 30, 2023
https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong
  • CelcomDigi melancarkan infrastruktur fiber binaannya sendiri di i-City
  • Pakej fiber eksklusif dan konvergensi untuk penduduk i-City
  • Lebih banyak penjimatan dan pendaftaran tanpa kesulitan dengan pemasangan fiber pada hari berikutnya.

i-City, 30 Oktober 2023 - CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Bandar Teknologi No.1 Malaysia, i-City, telah mengumumkan kerjasama mereka hari ini untuk mempercepatkan pembangunan digital Shah Alam dengan menyediakan potensi tak terbatas di pelbagai bidang melalui pelancaran infrastruktur fiber CelcomDigi, berserta akses kepada kesalinghubungan dan teknologi 5G. Ini akan menyumbangkan kepada matlamat Shah Alam untuk menjadi bandar pintar di Asean menjelang tahun 2025.

Dengan menggunakan teknologi fiber CelcomDigi yang dibina sendiri, infrastruktur, fiber CelcomDigi boleh menyampaikan kelajuan sehingga 1Gbps ke mana-mana rumah i-City atau bilik dengan perkhidmatan fiber-to-the-room (FTTR) CelcomDigi. Ini memberikan penduduk i-City nilai dan pengalaman fiber untuk kediaman mereka. Penduduk i-City akan dapat menikmati pelan fiber ultra pantas dan tanpa had CelcomDigi pada harga promosi eksklusif terutamanya untuk penduduk i-City yang merupakan pelanggan Pasca Bayar Celcom atau Digi yang sedia ada dan akan menikmati lebih banyak penjimatan, seperti 500Mbps dengan hanya RM90/bulan yang setara hampir 12 bulan fiber percuma, serta pelbagai tambahan permainan, hiburan, dan peralatan pintar bagi rumah dengan harga serendah RM2/hari. Pendaftaran adalah mudah dan tanpa kesulitan dengan pemasangan pada hari berikutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, "Kami komited untuk membawa penyelesaian, tawaran, dan pengalaman terbaik kepada pelanggan kami, termasuk penduduk dan peniagaan di i-City, dengan menggunakan teknologi fiber, 5G, dan 4G yang berpatutan. Kami akan menawarkan penyelesaian konvergen untuk semua keperluan Internet dan gaya hidup seperti hiburan di rumah, permainan, aplikasi Internet of Things (IoT) yang pintar, dan banyak lagi. Kami bersemangat tinggi untuk bekerjasama dengan i-City, sebuah bandar teknologi dan digital terkemuka, dalam kerjasama strategik ini. Kami akan bekerja bersama untuk membangunkan dan mencipta perkhidmatan digital inovatif yang akan meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan dalam ekosistem digital masa kini."

Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong menekankan bahawa kerjasama ini akan membuka peluang yang luas kepada penduduk Shah Alam, terutamanya ketika negara sedang mendorong penggunaan Industri 4.0. Beliau berkata bahawa daya tarikan Shah Alam, sebagai pusat pentadbiran Selangor kian meningkat di kalangan pelabur, pembeli hartanah, dan penyewa. Peningkatan permintaan ini disebabkan oleh lokasinya yang strategik dan aksesibiliti yang luar biasa.

Lim menekankan kepentingan i-City yang terletak di tengah-tengah Selangor Golden Triangle. Bandar ultrapolis berasaskan teknologi ini telah secara rasmi diberikan status zon antarabangsa oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. I-City telah berkembang menjadi destinasi kediaman pilihan bagi mereka yang mencari pengalaman gaya hidup menyeluruh yang merangkumi kerja, kediaman, dan hiburan.

"Pelancaran 5G di Malaysia akan melihat aplikasi yang lebih luas dalam era internet-of-things. Kini, potensi untuk mengubah kehidupan dengan menghubungkan dan memberi daya kepada objek dan peranti harian untuk meningkatkan keselesaan, kecekapan, dan keselamatan melalui pengautomatan dan kawalan berasaskan data menjadi lebih besar. Oleh itu, integrasi saluran internet ultra pantas di rumah dan 5G di telefon mudah alih akan mendatangkan nilai yang lebih besar untuk para penduduk.

Lim menambah bahawa ini telah membuka jalan bagi i-City untuk melancarkan tarikan terbaru, iaitu fasiliti edutainment 5 dimensi dengan menggunakan teknologi terkini.

Selain daripada itu, penduduk i-City boleh mula mendapat manfaat daripada tawaran fiber eksklusif dan konvergensi CelcomDigi dengan hanya melawat https://fibre.celcomdigi.com/  dan terus mengikuti perkembangan maklumat lanjut mengenai program 'One Shah Alam, One Destination' i-City di i-City Superapp.