Adakah anda bersedia untuk musim tengkujuh?

Home

Press Release


October 18, 2022

https://digi.com.my/media/articleURLhereWhichCanbeReallyLong

Digi berkongsi Kit Pengurusan Bencana Banjir yang dikemas kini untuk membantu orang ramai bersedia sebelum dan selepas banjir

SUBANG JAYA, 18 Oktober 2022 – Monsun Timur Laut sedang menimpa kita dengan risiko banjir teruk di seluruh negara. Bagi membantu orang ramai bersiap siaga dan kekal selamat sekiranya banjir, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) berkongsi Kit Pengurusan Bencana Banjir yang telah dikemas kini dan mengandungi langkah-langkah yang boleh diambil sebelum, semasa dan selepas banjir.

Orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan menyimpan barangan keperluan dalam beg kecemasan sebelum banjir. Ini termasuk bekalan asas seperti makanan, air, pakaian dan ubat-ubatan, serta keperluan elektrik seperti peranti yang dicas penuh, powerbank, lampu suluh dan bateri ganti.

Antara lain, kit pengurusan banjir ini juga memperincikan tip-tip penting untuk menjimatkan penggunaan bateri peranti serta tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa banjir, seperti memakai kasut yang sesuai, tidak memandu mengharungi banjir, dan menutup semua tingkap atau pintu masuk untuk mengurangkan kerosakan air banjir di rumah. 

Membantu dan memperkasa komuniti ketika diperlukan atau dalam kesukaran adalah sebahagian daripada komitmen Yellow Heart Digi. Ia berharap kit pengurusan banjir yang dikemas kini ini dapat membantu dalam persediaan awal dan mitigasi cepat di samping kekal selamat. Kit ini boleh didapati dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Yellow Heart Digi, layari https://digi.my/yellowheart.